Qasey Honey. Powered by Blogger.

LEPAT JAGUNG / PAIS JAGUNG manisan tradisional.. resepi mudah dan sukatan cawan

 

Salam my kesayangan...

jumpa lagi...
hari tu ada geng2 opis jual jagung manis...QH pon join la beli jugak...rasa macam di Cameron je beli tengok longgokan jagung2 tu...terhibur la sekejap rasa hati walaupon suasana hanya la di pejabat sahaja...heee...jagung fresh ni sedap betul bila di rebus...manis je isinya...tapi QH tinggalkan belen 2-3 tongkol untuk buat lepat jagung atas pais jagung ni...QH buat acah2 la kan untuk minum petang...heee...nak buat untuk sarap pon boleh jugak...ikut la pada kesesuaian tekak masing2 bila nak makan kan...
kuih tradisional ni ada yang panggil lepat jagung ataupon pais jagung...juga amat terkenal kalau di Sabah tetapi sekarang kat semenanjung pon popular dah kuih ni

nak buat kuih ni sangat la senang...modal pon bawah rm10 macam tu je...apa yang lagi best.. tak payah dah susah2 nak cari daun untuk membungkus lepat ni...gunakan saja sekam jagung tu...dapat yang lebar2 tu best...senang sikit nak melipat dan boleh la letak isi tu banyak sikit...lepat atau pais jagung ni sedap dihidangkan ketika masih suam2 panas tu...kalau suka makan sejuk2...letak la dulu di dalam peti ais...rasa lepat ni pon sedang2 elok je...tak terlalu manis...


untuk resepi ni QH dah sediakan video langkah demi langkah cara membuatnya di youtube channel Qasey Honey...boleh klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=n9CEXEtzGKU yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share yea channel youtube QH tu...terima kasih...



LEPAT JAGUNG / PAIS JAGUNG
youtube Qasey Honey

BAHAN2
2 tongkol jagung 
1/2 cawan tepung beras 
1/4 cawan tepung jagung 
1/4 cawan tepung gandum 
1/4 cawan gula 
1/4 sudu kecil garam 
1 cawan santan 


caranya
bersih kulit/sekam jagung hingga bersih. ketepikan
sagat jagung halus dan kasar. ketepikan
di dalam kuali/pan satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, gula, garam, jagung dan santan. kacau sebati
masak di atas dapur (api sederhana), sentiasa kacau hingga adunan pekat. terus matikan api
ambil sekeping sekam jagung dan letak lebih kurang 2 sudu besar adunan tadi (isi bergantung kepada saiz sekam)
lipat dan bungkus dengan kemas. buat hingga habis
didihkan air di dalam pengukus
kukus lepat/pais jagung selama 20 minit
angkat dan hidangkan ketika masih panas 


lepat jagung / pais jagung
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#menangbersama

No comments