Qasey Honey. Powered by Blogger.

FRUIT PASTRY CAKE viral..kek mewah berbaloi buat sendiri (edisi niaga)

 

Salam my kesayangan...

bersua kembali...
ingat lagi dengan kek ni...kek yang pernah viral sekitar tahun 2017 kalau tak silap...fruit pastry cake ni bukan la kek yang baru...lama dulu lagi dah ada...tapi sejak ade kuasa viral sekarang...banyak resepi yang lama2 kembali popular dan menjadi kegilaan ramai untuk mencuba...ada yang buat untuk makan2 sendiri...ada juga yang mengambil kesempatan yang ada ni buat untuk berniaga...

fruit pastry cake ni QH pernah kongsikan di dalam buku masakan QH iaitu buku Siri Blogger Masakan Qasey Honey - Kek & Puding pada tahun 2014 yang lepas...buah pon agak premium jugak la yang QH gunakan masa tu seperti blueberry, blackberry, raspberry, epal hijau, cherry dan peach...


kek ni sempat juga la QH buat jual beberapa tahun yang lepas...sekarang jadual harian semakin padat jadi terpaksa QH lupakan sekejap dunia baking2 tu...terkadang rasa rindu juga nak baking semula...masih ada lagi yang bertanya untuk tempahan...dengan masa yang terhad dan taknak hampakan permintaan customer...terkadang QH pas je kat kawan2 yang boleh siapkan...

tunggu la QH dah ada bibik atau pembantu 3-4 orang baru bole onz semula baking2...heeee..kemain kan...

biasa untuk tempahan kek ni buah2 kat atas tu bergantung kepada bajet customer...paling standard strawberry, blueberry n peach je la...kalau customer minta yang padat begini kena caj lebih sikit la...


resepi ni QH telah sediakan video lengkap cara membuat fruit pastry cake ni dengan cara paling mudah dan cepat di channel youtube Qasey Honey...nak buat untuk berniaga atau makan2 sendiri pon boleh...tak perlu lagi minta izin...

buahan segar ikut bajet ekkk dan kalau boleh jangan letak yang terlalu berair...pilihan paling tepat dan sedap buah2 yang sedikit masam atau citrus...

jom tonton cara QH menghasilkan fruit pastry cake ni...korang klik pada puatan link https://www.youtube.com/watch?v=U3wjoz-6aPA
yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube QH tu tau...terima kasih


FRUIT PASTRY CAKE
youtube Qasey Honey

bahan2
113 gm mentega
1 cawan gula kastor 
3 biji telur gred A
210 gm tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
50 gm low fat yogurt
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu kecil perisa oren
1/4 sudu kecil garam 
500 gm buahan segar (strawberry, blueberry, mandarin orange, raspberry, blackberry, peach, green apple etc)


caranya
cuci bersih buah segar yang ingin digunakan. toskan airnya (betul2 kering)
di dalam mangkuk, satukan buah2 segar tadi
tambahkan gula dan gaul rata. kemudian tapis dan ketepikan
gris loyang (8x8) dengan butter dan lapikkan dengan baking paper
ayak tepung gandum dan baking powder. ketepikan
panaskan oven pada suhu 180C
di dalam mixer satukan mentega, gula kastor dan yogurt. putar hingga kembang dan gebu
teruskan putar dan masukkan telur satu persatu. putar hingga sebati
kemudian masukkan perisa oren, esen vanilla dan garam. teruskan putar
masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar perlahan hingga sebati
masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan atasnya
susun buahan segar tadi (jangan tekan)
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-50 minit (api atas bawah)
buka oven dan tutupkan atas loyang dengan aluminium foil selama 15 minit (teruskan membakar)
apabila telah masak keluarkan kek dan biarkan kek sejuk di dalam loyang 5-10 minit
kemudian keluarkan kek dari loyang. sejukkan kek sepenuhnya di atas rak besi
kemudian taburkan dengan snow powder dan boleh la di potong


fruit pastry cake
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#menangbersama

No comments