Salam my kesayangan...
memandangkan PKP total lockdown disambung lagi sehingga 28 Jun ni...pasti ramai yang merindui suasana pasar malam kan...macam2 ada dijual di situ...sama la dengan QH...walau jarang ke pasar malam sesekali kalau teringin nak jugak la menapau macam2 kat situ...yang paling kerap di beli...martabak la...heee...
bila pasar malam belum boleh di buka lagi ni...maka dengan secara rasminya...kena la buat sendiri...tekak ni meronta2 nak juga makan martabak...QH buat la sikit...gigih mengugel mana2 resepi yang boleh di makan untuk 3-4 orang jer...tapi kalau buat banyak pon boleh je di frozenkan...bila2 nak makan boleh terus goreng kalau bendanya dah adakan...lagi senang begitu...
martabak yang QH buat ni sedikit kelakar dan kartun jugak la...biase main beli je...tak tengok cara orang buat dan tebar martabak tu macam mana...jadinya buat main ikut je la cara sendiri dan logik...cara sebetulnya ada QH terangkan di bawah...sebelum kena kecamkan...baik la perbetulkan awal2...heeee
senang je nak buat martabak ni sendiri...caranya boleh rujuk video yang telah QH sediakan di channel youtube Qasey Honey...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=9a8uH0c_wcE yang tertera untuk teruskan menonton...walaupon mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya...hasilnya sangat berbaloi la dan korang mesti puas hati punya...lagi banyak jimat tau!!
MARTABAK AYAM SEDAP
youtube Qasey Honey
bahan doh
1 cawan air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 cawan air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
caranya
di dalam mangkuk, satukan air, garam, minyak masak dan susu pekat. kacau sebati
kemudian masukkan tepung gandum dan mentega. uli sehingga doh lembut dan elastik. rehatkan doh 30 minit dengan kain/tuala basah
kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat
bulatkan doh (teknik membulat rujuk video) dan sapukan dengan butter atau rendam di dalam minyak masak
tutup bekas dengan plastic wrap dan biarkan selama 2 jam atau semalaman (kalau semalaman simpan di dalam peti sejuk)
siapkan jeruk bawang dan bahan inti
(jika adunan lembik tambahkan tepung, jika adunan keras tambahkan sedikit air)
bahan inti
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk kari
300 gm ayam cincang
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk kari
300 gm ayam cincang
garam secukup rasa
gula secukup rasa
caranya
panaskan pan dan minyak masak secukupnya
tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi
masukkan pula rempah kari. tumis rata lebih kurang 2 minit
masukkan ayam. kacau sekali sekala hingga ayam masak sepenuhnya
tambahkan gula dan garam secukup rasa. kacau rata
masak hingga inti sedikit kering dan perasakan rasanya. jika ok matikan api
ketepikan dan biarkan hingga sejuk
bahan jeruk bawang
1 biji bawang besar
2 sudu besar cuka
1 sudu besar air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 titis pewarna merah
1 biji bawang besar
2 sudu besar cuka
1 sudu besar air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 titis pewarna merah
caranya
satukan semua bahan di atas kecuali pewarna merah dan kacau rata
pewarna merah lebih setitis dulu (jangan terlalu terang) kacau rata
ketepikan dan biarkan lembut baru la dihidangkan bersama martabak
penyediaan martabak
inti ayam/daging
4 biji telur
inti ayam/daging
4 biji telur
caranya
satukan telur dan inti ayam tadi. kacau rata
panaskan pan dan sapukan sedikit minyak masak (api kecil)
ambil satu doh dan canaikan senipis yang boleh
letak doh di atas pan tadi dan cepat2 letakkan inti secukupnya, kemudian lipatkan dengan kemas
balik balikkan martabak sambil direnjis dengan sedikit minyak
setelah masak, angkat dan potong martabak tadi
hidangkan bersama jeruk bawang
(cara agak berbeza di dalam video sebab tu pertama kali QH buat ikut suka...cara di atas adalah yang sebenarnya seperti di kedai2)
martabak ayam sedapjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
#menangbersama
Post a Comment