Salam my kesayangan...
rindu suasana rumah terbuka?? siapa je yang tak rindukan...selain dapat berjumpa dengan kawan2...boleh juga tengok apa la menu yang dihidangkan oleh tuan rumah tu kan...heeee...pada raya ketiga tu saja la QH wujudkan suasana open house di dalam rumah...saja buat rajin sikit pada hari tu...barang2 awal2 lagi dah beli...jadi takde masalah nak siapkannya...ye la tak dapat nak ke mana2 kan apabila dilaksanakan PKP seluruh Negara...duduk rumah asyik pikir nak makan je la...
jadi buat la sikit satay ayam dan kuah kacang...terasa jugak la penat tu menyiapkan tu semua dari awal pagi tetapi hasilnye berbaloi apabila telah siap...makan satay ayam ni bukan dengan nasi impit seperti biasa tu tau...QH makan dengan lemang cawan kertas buatan sendiri lagi...resepi tu boleh rujuk pada post sebelumnya...
hari ni jom QH nak tunjukkan cara membuat satay ayam dengan cara paling mudah...sudah semestinye la di jamin sedap...100% isi ayam tau..takde lemak dan kulit ayam macam di sesetengah kedai tu...heeee
resepi satay ayam ni memang dah menjadi peberet QH dah...ulang kali kalau buat satay mesti akan menggunakan resepi ni...bau dia usah cakap la...yang tak lapo pon bole jadi lapo balik tau...memanggil manggil je kita datang dekat dengan dia...satay ayam ni makan macam tu je pon dah sedap...terasa keenakkan aromanya dan kemanisan isinya...kalau dah di makan dengan kuah kacang tu...korang paham2 sendiri la macam mana kan...10 cucuk pon belum tentu cukup...yang paling best bile buat sendiri ni sudah tentu isi ayam semata la kita guna...lepas tu isi ayam tu boleh la potong besar sikit dan cucuk 4 ketui kat lidi tu...bila gigit tu padat dengan isi jer...jangan lupa adakan hangus2 tu sikit...tu yang akan buat satay ni lagi bertambah sedap!
masa PKP begini la boleh cuba pelbagai resepi...luangkan masa dengan memasak...lebih jimat dan puashati makan hasil airtangan sendiri...takut nak cuba..ehh tak cuba tak tahu lagi tau
seperti biasa la juga...penat macam mana pon QH tetap sediakan video memasak langkah demi langkah cara membuatnya...semuanya telah tersedia di channel youtube Qasey Honey...korang hanya perlu klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=g7scN-Fn1nY yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biasa juga bila dah singgah ke sana tu...korang jangan la lupa untuk subscribe, like dan share ye youtube channel QH tu tau...orang kata kalau lagi ramai lagi meriah...heeee
SATAY AYAM MADU
youtube Qasey Honey
bahan2
1 - 1 1/2 kg isi ayam tanpa tulang
3 sudu besar madu
10 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
10 - 15 tangkai cili kering
7 batang serai
garam secukup rasa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 cawan air
caranya
isi ayam di potong dadu (lebih kurang 1 inci) bersihkan dan tapis. ketepikan
kisar halus semua bahan di atas kecuali ayam dan madu
tuang bahan kisar ke dalam mangkuk bersama isi ayam tadi
masukkan madu dan gaul rata
perapkan selama 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk (nak sedap perap semalaman)
keluarkan ayam perap dari peti sejuk dan cucuk ke lidi satay (3-4 ketul isi ayam)
panaskan pan atau gril pan dan sapukan sedikit minyak masak
masak satay satu persatu sehingga keperangan dan sedikit hangus (ketika masak satay kerap balik balikkan satay dan direnjis dengan minyak masak menggunakan serai atau daun pandan)
setelah masak angkat dan hidangkan satay bersama nasi impit atau lemang dan kuah kacang
satay ayam madu / sate ayamjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment