Qasey Honey. Powered by Blogger.

PULUT KUKUS IKAN MASIN..sedap berlemak untuk minum petang.. mudah disediakan

 

Salam my kesayangan...

kembali bersiaran hari ni
berhenti seketika sebab takde bahan sedia ada untuk dikongsikan
habis semua telah di update...heeee
di dalam folder seperti biasa banyak stok tapi ambil masa untuk disiapkan...kena edit video kemudian gambar2...
bab edit video tu yang ambil masa sedikit...terkadang mata taknak bagi kerjasama...baru buat sikit je mula la mata jadi layu...
QH akan usahakan semuanya dengan cepat...ye la tu kan...heeee


waktu2 begini masih dalam tempoh PKP + PKPD pula di KL dan Selangor ni...tambah pula kadang2 hujan dan cuaca agak sejuk...asyik nak melayan anak tekak je la...orang lain duk sibuk makan pulut dengan durian...yang QH pula boleh teringin sangat nak makan pulut dengan ikan masin dan kelapa parut ni...walaupon simple perghhh syahdu betul menikmatinya...terkadang tidak perlu bermewah pon...sederhana begini lagi sentimental...

sekarang ni kempen Bendera Putih diadakan untuk membantu kepada yang terputus bekalan makanan dan keperluan penting...pada yang berkemampuan tu boleh la membantu kepada yang memerlukan...kalau bukan kita siapa lagi kan...yang mana tidak terjejas sepanjang pandemik ni...Alhamdulillah masih ada rezeki untuk dinikmati...


ok la takmo sedih2...untuk resepi ni QH dah update di youtube channel Qasey Honey langkah demi langkah...senang je tau nak sediakan pulut kukus ikan masin ni...untuk pulut QH masih menggunakan cara lama...cara mak2 gitu...pulut yang dikukus la baru sedapkan...kalau ada yang nak masak menggunakan periuk atau sebagainya terpulang pada pilihan masing2...

untuk menonton video tersebut boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=OiLjGVRRTu4 yang tertera...jangan lupa subscribe, like dan share ye channel youtube QH tu...terima kasih...


PULUT KUKUS IKAN MASIN
youtube Qasey Honey

Pulut

bahan2
2 cawan beras pulut
1 keping asam jawa 
1 cawan santan 
1/4 sudu kecil garam 
daun pandan 


caranya
rendam pulut bersama sekeping asam jawa selama 2 jam
didih air di dalam pengukus
satukan santan dan garam. kacau rata dan ketepikan
bilas pulut dengan air bersih dan toskan
alas pengukus dengan daun pandan
kemudian kukus pulut selama 30 minit
keluarkan pulut dan gaulkan dengan santan tadi
kukus semula pulut tadi selama 30 minit atau sehingga masak
hidangkan bersama dengan kelapa parut dan ikan masin 


Ikan Masin

bahan2
ikan masin 
minyak masak 

caranya
panaskan minyak masak secukupnya
kemudian goreng ikan masin hingga masak dan garing
angkat dan ketepikan


Kelapa Parut

bahan2
1 - 1½ cawan kelapa parut putih 
1 sudu kecil gula 
1/4 sudu kecil garam

caranya
satukan semua bahan di atas dan gaul rata
kukuskan lebih kurang 15 minit dan ketepikan


pulut kukus ikan masin
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#menangbersama

1 comment

Hans Hanis said...

perghhh
makan lak dengan kopi secawan
surrrrr tuuuu