Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI GAUL / KULAAN BANJAR makanan tradisi orang Banjar...resepi lama dan rare

 

Salam my kesayangan...

sekejapan sahaja masa berlalukan, sedar tak sedar dah masuk bulan Ogos...sepanjang PKP ni dari tahun lepas lagi...apa yang QH perasan masa sangat2 cepat je berjalan dan sepanjang tempoh PKP ni 2 kali juga la QH kena kuarantin di rumah...sebab menjadi kontek rapat di opis...Alhamdulillah semua keputusan swab test negatif...sementara menunggu result tu...memang berdebar je la...nak buat apa2 serba tak ke kena je semua...

tempoh PKP kali ni QH banyak jugak la menerai macam2 resepi...cuma untuk update tu lambat sikit...terkadang 1 video ambil masa 3-4 hari juga la baru siap...

perkongsian resepi kali ni sangat rare...


pernah dengar nasi gaul atau kulaan banjar resepi ni merupakan makanan tradisi masyarakat Banjar di Johor dan Selangor lazimnya disajikan di majlis keramaian seperti doa selamat, tahlil dan kenduri kahwin resepi ni juga semakin dilupakan dan hanya sebahagian masyarakat Banjar yang tahu dan mahir untuk menyediakannya QH tak pernah rasa lagi nasi gaul ni masih belum ade peluang lagi untuk rentas negeri balik kampung untuk cuba nasi gaul ni yang sebenar dapat tahu pon baru sekarang...sebab pernah keluar di akhbar
ada kedai yang menjual ni di Batu Pahat, Johor disebabkan pandemik ni... rasa tak sabar nak mencuba tu meluap² la kan jadinya QH cuba la dulu sendiri di rumah bila google tu ade banyak pilihan resepi nasi gaul ni tak pasti mana yang benar2 resepi aslinya yang share resepi ni orang banjar jugak tau hasil carian..resepi ni yang paling tinggi di goggle resepi ni juga paling mudah dan senang QH memang suka mencuba resepi rare atau lama begini hasil dari cubaan tu.. Alhamdulillah memang sedap walaupon resepinya terlalu simple


cara untuk makan nasi ni.. gaulkan semua dulu dan baru la makan tu sebab dinamakan nasi gaul atau kulaan banjar nak lagi sedap buat la dalca terung ke...dalca ayam...adalah berkuah sikit nanti bila makan kan
QH ni tahap rajinnya setakat yang mana ada ni je la...heeee cara memasak resepi ni mengikut apa yang QH paham la jika ada kekurangan pada resepi dan video...minta maaf ye boleh tegur dan betulkan mana yang salah 
ok la jom cuba resepi rare ni.. pasti puashati!  



NASI GAUL BANJAR / KULAAN BANJAR
youtube Qasey Honey

ACAR BANJAR
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar
1/4 cawan sos tomato
1 inci belacan - di bakar
1 cawan air panas
garam dan gula secukup rasa


caranya
bakar belacan kemudian masukkan ke dalam mangkuk
tambah air (lebihkan pon takpe) dan kacau hingga belacan larut atau hancur
masukkan garam, gula dan sos tomato. kacau sebati
masukkan pula tomato, timun, bawang besar, cili hijau dan cili merah. gaul rata dan ketepikan
simpan di dalam peti sejuk

seterusnya siapkan lauk ayam 


AYAM
1/2 ekor ayam
1/2 cawan sos tomato
4 cawan air
garam secukup rasa

rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


caranya
di dalam periuk, masukkan air, ayam, serai, rempah tumis, garam, halia dan sos tomato. kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih
kacau sekali sekala hingga ayam masak
setelah ayam, keluarkan ayam dan ketepikan
simpan air rebusan ayam tadi untuk nasi

seterusnya siapkan nasi kulaan


NASI
2 cawan beras basmathi (rendam 30 minit)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan air rebusan ayam

caranya
rendam beras basmathi bersama air 30 minit
cairkan minyak sapi
tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu
matikan dan ketepikan
di dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras yang telah dibersihkan
masukkan air rebusan ayam tadi (3 cawan)
kacau rata dan masak nasi seperti biasa hingga masak
setelah nasi masak, gemburkan perlahan
letak ayam tadi di atas nasi tadi. siap
boleh terus dihidangkan bersama acar banjar tadi
boleh juga di makan bersama dalca sayur atau ayam (kalau nak berkuah)


nasi gaul / kulaan banjar
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#menangbersama

No comments