Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUAH KACANG / KUAH SATAY (spicy peanut sauce) mudah, sedap dan tahan lama..mesti cuba!!

 

salam my kesayangan...

bila dah buat satay dan lemang...mesti kena buat kuah kacangnya jugak kan...resepi satay ayam dan lemang boleh tengok pada entri sebelumnya ye...

untuk resepi kuah kacang ni...pertama kali QH masak cara begini...biasanya cara masak yang biasa tu la...untuk resepi ni mula tu takut2 juga la nak cuba sebab tak pernah kan...rupanya lagi sedap rasanya bila masak kuah kacang ni kita goreng dulu bahan2 yang perlu di kisar tu...makan pula dengan satay...perghh memang ngam teruk la...selain dari sedap, kuah kacang ni tahan lama katanya...lama mana QH tak pasti...sebab kat rumah ni kuah kacang tu setakat 2 hari je dah habis...heeee

yang QH perasan semasa panaskan semula kuahnya tak perlu tambah air...elok je pekat dia macam baru masak dan warnanya tak berubah...tetap cantik je warna kuah kacang ni...nak masak mesti kena cantik2 juga tau...baru la boleh memikat selera semua nanti...

biasa la bila masak kuah kacang ni mesti meriah percikkannya kan...korang boleh kecilkan sedikit api dan tutup periuk atau kuali dengan penutup...kalau takut terkena muka korang cover la pakai face sheild tu...berguna sungguh benda tu sekarang...kalau masak ade percik2...kompom la QH pakai...heeee...ade2 je kan

untuk video resepi ni telah ada di channel youtube Qasey Honey...klik je pautan link https://www.youtube.com/watch?v=9DSRVXXyBYc yang tertera tu untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share ye...terima kasih...


KUAH KACANG / KUAH SATAY / SAMBAL KACANG
youtube Qasey Honey

bahan2 
400 gm kacang tanah 
minyak masak secukupnya
2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 biji buah keras 
1 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
1/2 inci kunyit 
20 tangkai lada kering (rendam)
2 batang serai 
1 keping asam jawa 
garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
1/2 sudu kecil pes asam jawa + air
  

caranya
masukkan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ke dalam kuali 
teruskan masukkan kacang tanah dan goreng hingga keperangan (sampai bunyi letup2) 
angkat dan ketepikan hingga sejuk. kemudian kisar (jangan terlalu halus dan kasar)
di dalam minyak yang sama, goreng bawang besar dan bawang putih.
kemudian masukkan buah keras, lengkuas, halia dan kunyit. 
masukkan pula cili kering dan goreng hingga sedikit layu dan keperangan. angkat dan masukkan ke dalam blender. kisar halus
guna kuali yang sama, tumis bahan kisar tadi dan serai hingga wangi dan pecah minyak
masukkan kacanga tanah kisar dan gaul rata
kemudian tambah air secukupnya dan kacau rata. kacau sekali sekala hingga pecah minyak
akhir sekali masukkan asam keping, garam, gula dan pes asam jawa. kacau rata
perasakan rasanya dan bila kuah sedikit pekat matikan api.


kuah kacang / kuah satay / sambal kacang
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments