Salam my kesayangan...
tinggal lagi beberapa hari sahaja Syawal akan meninggalkan kita semua...baru la QH terhegeh2 nak update menu hari raya yang lepas...nilah yang QH masak untuk hari raya pertama hari tu...tahun kedua beraya di perantauan ni malas pula nak berketupat berendang dan berlodeh bagai...raya yang lepas masak yang simple je
kebetulan pula tengok di IG, ramai pula yang masak menu seakan2 ni...ada yang masak nasi hujan panas, nasi minyak, nasi tomato la...QH masak set nasi jagung, ayam masak merah ala kenduri dan acar timun je...QH ada beli papadom tapi tu la sampai harinya lupa plak nak goreng...sudahnya makan begitu sahaja la...heeee...
macam mana tak lupa...kalau QH mula masak tu semua pukul 5 pagi kalau tak silap...jadi agak kelam kabut sikit la nak menyiapkannya...dengan masa tu baru nak siapkan barang...nak buat video lagi dah alang2 nak masak kan...dah siap masak tu semua...berkejar mandi pula...lepas tu siapkan pinggan2 dan mangkuk untuk bergambar pula...aduhhh memang terasa la penatnya...sudahnya lepas siap semua tu QH tak makan pon...tinggalkan masuk bilik tidur kejap...cas tenaga balik...heeee
tu la dari malam tu taknak sediakan apa yang patutkan...duk ralit tengok orang main bunga api masa tu...memang meriah habis la malam raya tu dengan mercun dan bunga api di kawasan rumah QH tu...jimat duit tak payah beli...tengok je la orang main dari atas...heeee...sudahnya tak masak...adehhhh
lepas dah tidur sekejap tu baru la terasa lapar...Alhamdulillah nikmatnya rasa air tangan sendiri...padahal semasa memasak tu entah berapa kali duk telefon mak tanya macam2...kejap2 telefon...sebab mak QH pernah masak set nasi jagung ni sedap sangat...QH pon pernah bawa ke opis beberapa tahun lepas dan memang mendapat pujian la...itupon mak QH yang masak juga...import dari Johor tu tukang masaknye...yang dapat nama anaknya...heeee...maaf la mak...anakmu mengambil kesempatan...
kot macam mana pon air tangan mak tetap no 1 dan takde yang boleh challenge la...padahal main campak2 dan agak2 je bahannya QH tengok...untuk resepi ni QH bagi la sedetail yang boleh...rasanya lebih kurang sama seperti mak QH masak...kalau dah call berpuluh kali mau tak samanya...heeee
masa raya pertama tu kebetulan pula ramai yang masak ayam masak merah...boleh nampak la terdapat pelbagai warna dan rupanya...ada warnanya merahnya...ada yang sedikit gelap warna merah tu...seperti ayam masak merah ala kenduri yang QH masak ni...warnanya agak gelap sedikit...sempat lagi tanya kat mak...samakan warna sambal mak hari tu...heeee...untuk kepastian...warna sambal ni sedikit gelap sebab QH tumis lama sikit cili tu dan rasanya sangat padu...kompom tak sakit perut...QH ni kalau sambal tak masak betul2 mudah sakit perut...
untuk resepi yang sedap ni QH telah menyediakan video cara memasaknya langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pada pautan link2 yang tertera di bawah untuk teruskan menonton...bila singgah di sana jangan lupa untuk subscribe, like dan share ye channel youtube QH tu...terima kasih...jom cuba resepi ni...
NASI JAGUNG BASMATHI
youtube Qasey Honey
bahan2
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
3 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 cawan jagung manis (jenis krim)
2 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
1 cawan jagung manis (jenis krim)
2 helai daun pandan
garam secukupnya
rempah ratus
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
caranya
Basuh bersih beras dan
rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan
Panaskan periuk. masukkan minyak sapi dan biarkan cair.
tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu
manis, bunga lawang dan serai hingga naik bau
masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. tumis lagi hingga wangi dan sedikit layu
tambahkan air, susu cair, jagung manis, daun pandan dan garam. kacau rata
akhir sekali masukkan beras yang telah direndam dan cuci. kacau rata
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa
apabila telah masak gembur nasi atau kacau nasi dengan perlahan
Hidangkan bersama ayam masak merah dan acar timun
AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI
youtube Qasey Honey
bahan2
1/2 ekor ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng
rempah ratus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang serai
bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
20 tangkai cili kering
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri
gula secukup rasa
garam secukup rasa
1-2 sudu besar air asam jawa + air
2 helai daun pandan
2-3 cawan air
caranya
Ayam dipotong dan bersihkan. Perapkan dengan garam dan kunyit
Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam setengah masak. angkat dan ketepikan
Panaskan kuali dan minyak masak. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan serai sehingga naik bau
Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga naik bau serta pecah minyak
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing dan pecah minyak
Tambah sos cili, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. kacau rata
masukkan pula air asam jawa dan daun pandan. kacau rata
akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan sebentar.
tambah air secukupnya dan kacau rata.
perasakan rasanya dan matikan api.
ACAR TIMUN
youtube Qasey Honey
bahan2
1 biji timun
1/2 batang lobak merah
1 biji bawang besar
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 batang lobak merah
1 biji bawang besar
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
caranya
Masukkan
kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata
Rasa
acar, biar ada rasa masam dan manis sedikit. Biarkan sebati dan mesra
acar timunjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
nasi jagung basmathijangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
ayam masak merah ala kendurijangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment