salam my kesayangan...
Taqabbalallaahi minnaa wa minkum taqabbal yaa kariim, wa ja'alanaallaahu wa iyyaakum minal 'aaidin wal faaiziin...
selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin buat semua...
jom sama2 doakan saudara kita yang berada di Palestin...semoga mereka terus tabah dan kuat dengan ujian yang melanda...moga Allah SWT melindungi mereka dari terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis laknatullah...moga Palestin dapat bertahan dan diselamatkan!
pada yang berkemampuan boleh salurkan bantuan kewangan ke mana2 NGO sah yang telah didaftarkan di Malaysia...walaupon sedikit sekurang2nya mampu mengurangkan sedikit beban buat mereka...mereka memerlukan kita sekarang ni...mohon terus doakan mereka dalam doamu...jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah buat saudara2 kita yang telah syahid...syurga buatmu...Allahuakhbar! #savepalestin
dari 2 malam terakhir Ramadan QH mengikuti perkembangan di Palestin menerusi Twitter...rasa sedih, sebak dan geram pon ada...sedangkan kita di Malaysia dikenakan PKP hati dah galau tidak dapat beraya dan balik ke kampung...bagaimana perasaan saudara2 kita yang berada di Palestin sekarang ni...pasti lagi berbagai rasa kerana pada masa yang sama saudara2 kita di Palestin dihujani dengan ujian yang amat hebat pada saat2 akhir Ramadan dan Syawal...sehingga kini masih dihujani dengan bedilan peluru dan roket di merata tempat...kita juga dapat menyaksikan berapa ramai saudara kita yang telah syahid tidak kira usia...bertambah sayu bila tengok wajah anak2 kecil yang kehilangan ibu dan bapa...moga Allah bersamamu wahai Palestin!
terima kasih kepada penyampai2 maklumat di Twitter...mereka2 ni telah menjalankan tanggungjawab mereka tanpa henti dan senantiasa update apa yang berlaku di sana untuk tatapan kami di Malaysia ni...sehingga kita tertunggu2 apakah seterusnya...rasa tak sabar nak tahu bagaimana perkembangan di sana...hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa2 mu dan jaga diri...
ok la...untuk resepi hari ni...baru la QH ada rasa untuk update...ni la antara biskut raya yang sempat QH buat...bila tak dapat nak raya di kampung...tiber la production jadi slow...heeee...takde nak beria macam tahun2 yang lepas...buat pon 1 adunan je...ada la tinggal 1/2 balang lagi...sendiri buat sendiri makan kan...biskut nutella pod ni pernah viral beberap tahun yang lepas...antara biskut kekinian yang popular la sekarang ni...lagi sekarang ada pelbagai versi lagi...ikut pada kreativiti si pembuatnya...QH buat seadanya menggunakan bahan apa adanya di dapur tu...nanti kalau korang buat...buat la lagi comel dari yang ni...boleh juga buat biskut ni tak guna acuan tart tu...contoh letak di dalam mangkuk kertas ke atau bulat2kan...ni acuan tart dah ada jadi kita guna la...ada la nampak patern2 sikit tu kan kat biskut ni...
biskut ni tak keras dan lembut sangat just nice gitu...rasa dia pon sama...elok tak manis sangat...nak buatnya pon senang la...kalau nak tengok cara QH membuat biskut raya ni...boleh la klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=xNe4_sXkfJM&t=52s yang tertera di channel youtube Qasey Honey...jangan lupa ye semua untuk subscribe, like dan share channel youtube QH tu tau...terima kasih...
NUTELLA POD COOKIES
youtube Qasey Honey
Bahan2
250 gm mentega
220 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
380 gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
50 gm serbuk almond
50-100 gm almond nibs (bakar)
bahan B
nuttela
colored sprinkles
caranya
pukul perlahan mentega dan gula kastor hingga sebati
masukkan telur dan esen vanila. pukul perlahan hingga berkrim
masukkan pula tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan serbuk badam. uli dengan tangan hingga doh sebati dan lembut
masukkan badam cincang dan uli lagi hingga rata
rehatkan doh 15 minit
panaskan oven pada suhu 170C
sediakan acuan tart saiz 4.5"-5". griskan dengan butter
sukat doh guna sudu metrik saiz 1/2 sudu besar (rujuk video)
bulatkan dan masukkan ke dalam acuan tart tadi. tekan sedikit atasnya
bakar selama 15 minit api atas bawah
keluarkan dari oven dan terus tekan di tengah biskut tadi
paipkan nutella secukupnya dan taburkan manik pilihan
bakar lagi selama 15-20 minit api atas bawah
keluarkan dari oven dan sejukkan
keluarkan biskut tadi dari acuan dan simpan di dalam bekas kedap udara
nutella pod cookies / biskut nutellahttps://www.youtube.com/watch?v=xNe4_sXkfJM&t=52sjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment