Salam my kesayangan...
bila tiba hari rajin...memang tak boleh bawak bincang langsung la...ade je la yang nak dibuatnya...kadang bagaikan tak percaya pon ade...nak pulak bila pertama kali kita cuba tu terus menjadi...perasaan tu tak dapat nak digambarkan...sampaikan nak makan pon duk tersengih je...heeee
rasa rugi pula lambat2 untuk mencuba si lemang cawan kertas ni...ya ampun bukan saja sedap...rupanya amat senang la nak buat...korang perlu tambah rajin je kat situ...memang sedap berlemak la lemang cawan ni...dah la jimat banyak...lepas tu kepala santan tu tak payah dah nak berebut2 lagi...yang ni boleh dapat sorang satu...makan la puas2...sangat berbaloi untuk dibuat kalau teringin tu...bezanya kaedah memasaknya sahaja...biasa lemang yang kita beli tu menggunakan buluh dan dibakarkan...sedap la ada bau2 di bakar tu dan luarnya agak garing...berbeza pula kalau menggunakan cawan kertas sebab kaedah memasaknya dikukus...lemang pon agak lembut...QH lagi suka kaedah kukus ni...kalau rasa nak ada garing2 sikit tu...guling2kan la kejap di dalam pan atas api...
lemang cawan ni pernah viral beberapa tahun yang lepas...masa tengah viral tu ramai yang menggunakan tin minuman dan ada juga menggunakan cawan plastik...lepas tu timbul la bermacam pendapat...tak elok guna tu la guna ini la...sehingga la tejadinya kaedah menggunakan cawan kertas lebih selamat...guna cawan kertas ni lagi mudah...selain senang untuk dapatkan stock cawan kertas...di kedai2 kecil pon kadang ada jual kan...bila lemang cawan ni siap untuk di potong...terlalu senang nak keluarkan lemang ni cuma koyakkan sahaja cawan kertas tu...lepas tu nak dapatkan potongan lemang yang cantik...potong lemang menggunakan pisau plastik...
semua ni QH ada tunjukkan di dalam video langkah demi langkah cara membuat lemang cawan ni mengikut cara QH la...memang sangat mudah untuk paham...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=KHsoL4R3lQs&t=40s yang tertera tu untuk teruskan menonton...lepas tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu ye...jom cuba sekarang!
LEMANG KUKUS CAWAN KERTAS
youtube Qasey Honey
bahan2
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (1 cawan santan + 1 cawan air)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
daun pisang
kertas cawan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (1 cawan santan + 1 cawan air)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
daun pisang
kertas cawan
caranya
rendam beras pulut dengan air selama 2 jam
potong daun pisang mengikut saiz cawan kertas (lebihkan atasnya sedikit) cuci dan toskan
masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. ketepikan
di dalam mangkuk, satukan santan, gula dan garam. kacau sebati
kemudian masukkan beras pulut yang telah dicuci dan ditos
kacau sebati dan rehatkan selama 30 minit
didikan air dalam pengukus
masukkan pulut tadi ke 3/4 dari cawan kertas (pastikan santan sama paras dengan beras pulut)
ketuk2 perlahan cawan kertas tadi
kemudian kukus pulut selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak dengan api kuat
setelah masak keluarkan dari pengukus dan ketuk2kan perlahan
biarkan hingga sejuk dan baru la dipotong dengan pisau plastik
lemang kukus cawan kertasjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment