Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT SARANG SEMUT yang cair di mulut..biskut raya lejen..tanpa mixer

 

salam my kesayangan...

akhirnya muncul jugak biskut raya di blog hari ni...tanpa biskut raya rasa tak lengkap dan meriah pula hari raya nanti...tu la di dalam rasa keciwa tak dapat balik raya lagi tahun ni kerana berPKP semula...nak taknak kena buat jugak la sejenis dua biskut raya untuk makan2 sendiri...tu lah tanda berakhirnya Ramadan dan kita sama2 menyambut Syawal...

biskut raya memang bukan sesuatu yang wajib ada tapi itulah cara kita untuk meraikan Hari Raya terutamanya di Malaysia ni...sejak dari kita kecil itulah yang atuk nenek dan mak kita sediakan...selain dari biskut raya, juadah hari raya yang pelbagai seperti ketupat, rendang, lodeh, soto, satay dan macam2 lagi sebagai tanda meraikan hari raya selepas sebulan berpuasa...


pilihan biskut raya QH kali ni yang simple, dah tentu yang sedap dan lejen...rasa malas nak buat biskut raya yang jenis cetak2 tu...QH cari biskut raya yang bila diuli2 terus siap je...heee...

biasa pilihan biskut raya ni QH pilih sebab tekak ni nak makan...seperti biskut raya yang ni la...rasa dah lama tak makan biskut sarang semut yang cair dimulut ni...resepi ni QH dah pernah kongsikan di sini dulu...yang dulu tu lagi comel dan ceria sikit rupanya...yang terkini ni buat asal siap jek...heeee

sedikit tips untuk mendapat uraian sarang semut yang cantik seperti coklat rice tu...sagat doh menggunakan penyagat dari atas ke bawah sehala...macam yang QH buat ni sagat doh atas bawah akan jadi hancur dan nampak tak cantik la... 


selain menggunakan penyagat boleh juga guna penapis yang lubangnya besar sikit tu...caranya tekan doh pada penapis tu...lepas tu patah2 doh seperti coklat rice... nanti bila korang buat biskut sarang semut ni buat la cantik2 ye... 

untuk resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah cara membuatnya di channel youtube Qasey Honey...klik pada pautan link https://youtu.be/Cn61__tF41U yang tertera untuk teruskan menonto... jangan lupa untuk subscribe, like dan share ye channel youtube QH tu tau...terima kasih 


BISKUT SARANG SEMUT
youtube Qasey Honey
sumber: Cendanakasih

Bahan2
150 gm mentega 
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum - ayak
100 gm tepung kastard - ayak
30 gm tepung jagung - ayak
1/2 sudu teh baking powder - ayak
Cawan kertas secukupnya

Hiasan: chocolate flakes / chocolate rice - merah/biru/coklat


caranya
1. guna senduk kayu, pukul perlahan mentega, gula icing dan esen vanila hingga sebati dan berkrim. 
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder.
3. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh yang lembut.
4. Parut doh ini dan ambil doh menggunakan garpu dimasukkan ke dalam acuan kertas. 
5. Akhir sekali tabur chocolate rice dan manik bewarna.
6. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 20-25 minit.


biskut sarang semut
https://youtu.be/Cn61__tF41U
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

1 comment

Juls Julie80 said...

sedapnyaa..biskut lejen fav nih..heheh selamat hari raya sis