Salam my kesayangan...
pasti ramai yang sukakan air katira kan...lagi2 bila bulan puasa begini...mesti ramai yang mencarinya...lebih2 lagi orang Johor la kan...sape je yang tak tahu kelazatan dan nikmatnya air katira ni...kebiasaanya air katira ni dijual ketika bulan Ramadan je...memang laku habis la air ni...
asal air katira ni ada yang kata dari Singapura tetapi amat popular di Johor apabila pada tahun 1981 seorang peniaga bernama Abu Bakar Yusof telah memperkenalkan air katira ni Johor...jadi memang sangat terkenal la air katira Abu Bakar ni di Johor...sehingga sekarang tau namanya masih lagi gah...air katira ni kan rasanya air yang paling banyak bahan di dalamnya...ada katira/getah anggur atau karaya gum yang berasal dari India, kurma, kismis, kembang semangkuk, biji selasih, cincau, cendol dan kacang tanah
kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai air katira ni boleh la google sendiri ekkk...kang letak di sini panjang2 jadi berjela2 plak entri ni...heeee...
pasti ada yang akan tertanya2 kat mana nak dapatkan katira/getah anggur/karaya gum tu...boleh cari kat kedai india atau sensei/singse camtu la eja nya...paling senang kedai tabib cina/kedai ubat cina tu haaa...kembang semangkuk juga boleh beli di situ juga...di supermarket pon ada juga...kenal dengan tak je la kan...heee...QH nak buat air ni baru tahu bahan2 penting air katira tu...macam tu rupanya...adehhh
kalau di Giant supermaker ada 1 paket tu di dalamnya ada katira, kembang semangkuk dan biji selasih...nanti rajin2 la tengok kat bahagian herba2 tu ekkk...harga pon tak mahal dalam RM5++ gitu...
nak buat air katira ni nampak je macam leceh la...baik beli jek...macam banyak je step kena buat kan...aisshh sebenarnya bila dah cuba sendiri...senang sangat la nak buat...silap2 terpikir nak buat untuk berniaga sendiri pulak...heeee...
resepi air katira ni rasanya yang terpaling original la kot...dari air pandan dan susu badam tu semuanya buat sendiri tau...takde skip beli dah siap tau...air ni warnanya agak pucat sedikit sebab tak guna sebarang pewarna pon...kalau nak warna yang lebih hijau lagi boleh tambahkan daun pandan tu atau guna pewarna makanan yang dibenarkan...nak selamat gunakan pes pandan...yang tu kompom warnanya cantik
ok dah cerita panjang2 ni...bagaimana nak hasilnya air katira ni dengan mudah...jom tonton video langkah demi langkah yang telah QH sediakan dia channel youtube Qasey Honey...klik je pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Wp0lAdh4TNQ&t=31s yang tertera tu untuk teruskan menonton...bila dah singgah ke sana tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...
AIR KATIRA JOHOREAN
youtube Qasey Honey
BAHAN2
3 biji kembang semangkuk (rendam semalaman)
3 biji katira/getah anggur (rendam semalaman)
SIRAP PANDAN
15 helai daun pandan + 3 cawan air (kisar)
2 cawan gula
SUSU BADAM
12 biji badam + 1 cawan air (kisar)
2 cawan air
BAHAN2 LAIN
1 tin susu cair
1/2 cawan cincau
1 cawan cendol
7 biji kurma
biji selasih
kacang tanah (bakar)
kismis
ais batu
BAHAN2
3 biji kembang semangkuk (rendam semalaman)
3 biji katira/getah anggur (rendam semalaman)
SIRAP PANDAN
15 helai daun pandan + 3 cawan air (kisar)
2 cawan gula
SUSU BADAM
12 biji badam + 1 cawan air (kisar)
2 cawan air
BAHAN2 LAIN
1 tin susu cair
1/2 cawan cincau
1 cawan cendol
7 biji kurma
biji selasih
kacang tanah (bakar)
kismis
ais batu
caranya
rendam kembang semangkuk dan katira atau getah anggur semalaman (letak dalam peti sejuk)
kisar daun pandan dan tapiskan. kemudian jadikan air pandan tadi 3 cawan
tuang air pandan tadi ke dalam periuk dan masukkan gula. masak di atas api, kacau sehingga gula larut dan mendidih. ketepikan
kisar badam (kalau boleh buang kulit) bersama air hingga hancur
tuang ke dalam periuk dan tambahkan air. masak sehingga mendidih. ketepikan
sediakan mangkuk yang besar, tuang air pandan, susu badam, susu cair, cincau, cendol, kurma, katira, kembang semangkuk, kacang tanah, kismis dan biji selasih (rendam hingga kembang). kacau rata
akhir sekali tambahkan ais batu dan boleh dihidang terus
air katira / air khatira Johorhttps://www.youtube.com/watch?v=Wp0lAdh4TNQ&t=31sjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment