Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI PISANG GULA mudah / banana bread french toast viral


Salam my kesayangan...

Bersahur apa tadi...
QH macam biasa la bila bersahur ni makan roti, kadang rajin sikit buat la burger ayam ke...lempeng cicah ngan sambal tumis...jenis2 begitu la...simple je menu sahur untuk diri sendiri...dari dulu begitu la...cuba juga nak makan berat seperti nasi kan...tak boleh nak masuk...

bila berbuka pula mulakan dengan kuih muih dulu la...lepas maghrib macam tu baru la makan nasi ke...mee ke...sebab dari dulu lagi mak QH ajar macam tu...jadi anak2 jadi terikut dah sampai sekarang...walaupon cara berbuka begitu...mak QH tetap juga sediakan nasi dan lauk pauk...kot macam pon ada yang berbuka nak makan nasi...sebab ada menantu kan...lain orang lain kan caranya... 


untuk perkongsian idea hari ni lebih kepada dan sesuai untuk bersahur...ni kalau ada yang sejenis macam QH la...bila bersahur tak boleh makan nasi...boleh cuba cara ni...kita buat la roti pisang ala2 dominos sikit...makan ni 2-3 keping dah kenyang dah...tambahkan kurma dengan teh o panas cukup dah...

nak buat ni pon senang je...10 minit siap...roti pisang ni sedap di makan panas2 tau...yang ni QH buat bagi garing sedikit...nak tambah cheddar atas tu pon boleh...bagi sape yang suka cheese la kan...QH ni tekak ala kampung sikit jadi makan macam tu je dah ok dah...


walau simple begini QH tetap sediakan video cara buatnya langkah demi langkah juga tau...zaman sekarang ni ada yang lebih suka memasak sambil tengok video...supaya lebih paham dan senang nak ikut...so kita pon kena la follow cara sekarang ni heee...takde la ketinggalan sangat...

nak tengok video cara buat roti pisang gula ala dominos ni boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=hOyCxCRPkYo&t=3s yang tertera...jangan lupa subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu tau...di sana ada banyak lagi idea2 yang menarik untuk iftar dan bersahur...terima kasih...jom cuba!! 


ROTI PISANG GULA MUDAH
youtube Qasey Honey

bahan2 
roti putih 
marjerin 
telur 
pisang 
gula

caranya
sapu roti dengan butter atau marjerin di kedua2 belah
pukul telur kemudian sapukan ke atas roti tadi
kemudian susun pisang yang di hiris nipis
sapukan lagi lebihan telur ke atas pisang
taburkan gula secukupnya
panaskan oven pada suhu 170C api atas bawah
bakarkan selama 15-20 minit. siap


roti pisang gula ala dominos
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

1 comment