Salam my kesayangan...
ada yang dah mula buat biskut raya ker...QH ni tak tahu bila nak mulakan projek...terasa malas pula tahun ni nak buat biskut raya...mungkin semangat nak raya tu dah merundum bila tahun ni masih tidak dapat rentas negeri untuk beraya bersama keluarga dan berkumpul adik beradik di kampung...sedihnya rasa...begini la hidup merantau jauh dari ibubapa...dulu nak sangat merantau mencari rezeki kan...heeee
kalau keputusan kerajaan dan KKM masih sama...nampaknya beraya versi video call lagi la gamaknya...sama seperti tahun lepas...mujur la sekarang semakin canggih...adalah alternatif lain untuk menatap wajah2 yang kita sayang dan rindukan...tetapi yang paling terkesan apabila tidak dapat merasa jaudah hari raya hasil airtangan mak di kampung...arhhh mula la nak masuk mood sedih ni...walaupon ikut resepi yang mak bagi tu tapi tetap tak sama rasanya...tetap ada rasa yang terkurang sini sana...owhhh mak rindunya QH dengan semua tu...
walau sesedih mana pon terpaksa akur dengan keadaan sekarang yang semakin hari semakin banyak pulak kes naik setiap hari...korang tolong la jaga diri masing2...patuhi sop yang ditetapkan...takde urusan tak perlu keluar...kita sama2 jaga supaya kes dapat turun dengan cepat...bila kes semakin kurang kita juga yang senang...boleh rentas negeri dan hidup bebas seperti sebelum ni...
ok la...perkongsian idea kali ni QH dah buat ni beberap bulan yang lepas...ni semua gara2 PKP la...nak keluar payah...sop sana sini kan...banyak masa di rumah...kalau dah kat rumah tu...paham2 sendiri la bagaimana keadaannya pulak...memanjang nak makan macam2 pula...terpikir kerepek ni paling senang nak buat jadinya kita godek2 la sekejap...jadi pon dan dah habis pon...heee
ada yang panggil ni kuih gunting...ada juga yang panggil keperek gunting...korang pulak panggil ni yang mana satu?
ni cerita dulu2 semasa boleh beraya ke rumah2 orang tu la kan...masih ada lagi jumpa tau kerepek atau kuih gunting ni...yang pasti QH mesti akan merasa la kerepek atau kuih lejen ni...rasa pon berbeza sedikit setiap rumah tu...kerepek ni sedap bila dia rangup la...ada juga bila kunyah tu keras kejung...boleh patah gigi dibuatnya...heeee...ada yang terlampau berempah pon ada tau...QH suka rasanya yang ala2 gitu je...baru la sedap layan...
untuk versi QH ni...kerepek ni QH menggunakan ikan bilis...kalau nak guna udang kering pon boleh jugak...nak buat kerepek ni sangat senang...campur2 bahan kemudian uli pastu goreng dah siap...untuk doh pula QH bahagikan kecik2 lepas tu gulungkan memanjang...ni terpulang la ikut mana yang senang...
resepi ni QH ada sediakan video cara bagaimana QH menyiapkan kerepek ni...boleh jadikannya sebagai rujukan...klikkan sahaja pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=NlMdk6s5z4s
yang tertera tu untuk teruskan menonton...seperti biasa jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube Qasey Honey tu tau...terima kasih
KEREPEK GUNTING / KUIH GUNTING
youtube Qasey Honey
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
air secukupnya
BAHAN B
1 kg tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan daun kari
1 sudu besar parsley flakes (boleh ganti daun sup/ketumbar segar)
1 sudu besar chili flakes
4 sudu besar marjerin
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
bawang putih - optional
daun kari secukupnya
youtube Qasey Honey
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
air secukupnya
BAHAN B
1 kg tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan daun kari
1 sudu besar parsley flakes (boleh ganti daun sup/ketumbar segar)
1 sudu besar chili flakes
4 sudu besar marjerin
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
bawang putih - optional
daun kari secukupnya
caranya
satukan bahan kisar dan blenderkan sehingga halus. ketepikan
di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, garam, daun kari, ketumbar, chili flakes, marjerin dan bahan kisar. uli rata
masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak melekat di tangan (jika doh lembik tambahkan tepung, jika doh keras tambahkan air)
yang ni terpulang nak bahagikan doh kecil2 dan gulungkan memanjang atau bahagikan doh besar2
taburkan tepung pada dulang dan guntingkan doh tadi atau boleh juga digunting terus ke dalam kuali
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya untuk menggoreng
masukkan bawang putih, kemudian doh yang digunting tadi.
masukkan juga daun kari dan kacau sebentar supaya doh tidak melekat satu sama lain
goreng sehingga keperangan dan rangup. angkat dan toskan minyaknya
biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara. siap
kuih gunting / kerepek guntinghttps://www.youtube.com/watch?v=NlMdk6s5z4sjangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment