salam my kesayangan...
baru perasan...beremosi sangat pasal Palestin semalam sampai lupa nak buat yang ni...teroks sangat rasa semakin remaja ni banyak nau nau kelupaan dan kesilapan...takpe kita mula semula ye...heeee
Taqabbalallaahi minnaa wa minkum taqabbal yaa kariim, wa ja'alanaallaahu wa iyyaakum minal 'aaidin wal faaiziin...
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin buat semua...sekiranya sepanjang dalam tempoh berblog ni atau di mana2 socmed QH andai kata ada terkasar bahasa atau ada kata2 serta perbuatan yang menguriskan perasaan korang yang QH tidak sedar...yang ada dm, pm atau wasap yang QH tak balas tu mohon maaf juga ye...terkadang terbaca tapi lupa nak membalasnya...terkadang ada juga yang tak sempat QH nak tengok pon...bukan sesaje untuk menyombong...tak pernah terfikir begitu pon...cuma masa agak terhad untuk sentiasa beronline...
ok korang masih dalam mood beraya lagi ke...sepanjang PKP ni sudah tentu ada yang WFH kan...ada la sedikit masa di rumah tu selain memantau anak2 PDPR pula...sesambil tu boleh la menyediakan makanan untuk keluarga kan...apa kata jom cuba resepi ni...kek pisang ni QH adalah buat olahan sedikit dengan menambahkan biskut oreo ke dalamnya...ada oreo lebih kat rumah tak tahu nak buat apa masa tu...makan dah makan dah...jadi kita campur dalam kek pisang tu...
pada QH yang sukakan oreo ni sudah tentu akan kata kek ni sedap...kek ni pula makin lama makin moist tekturnya tu...nak makan kek ni kena sediakan air sesiap kang mau tercekik nanti...heeee...mudah saje nak buat kek ni...tak perlu beria sangat nak pukul bagai...masukkan je bahan dalam blender atau food proccesor saje dah cukup...pastu kacau2 guna spatula dah boleh bakar dan siap...bila dah di tambah oreo tu...kek ni takde la manis sangat rasanya...sedang2 elok je...kalau korang nak tahu akan rasanya kena la cuba...
resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah cara membuatnya mengikut cara sendiri...boleh rujuk video yang telah disediakan tu dengan hanya klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=tmXSRYNSC2Y yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share ye...terima kasih...
sebelum mengakhiri entri kali ni...jangan lupa terus berdoa untuk saudara kita yang berada di bumi Palestin sekarang ni dan sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah syahid...
tidak lupa juga kepada frontliner kita yang tidak henti2 bekerja dan menjalankan tanggungjawab bagi menggekang pandemik covid-19 dari terus merebak...semoga Malaysia dan dunia segera pulih dan bebas dari virus covid-19 ni...aaminn YRA
KEK PISANG OREO MOIST
youtube Qasey Honey
size loyang/tin 8x8
bahan A
8 keping biskut oreo (tanpa krim)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
bahan B
4 biji pisang berangan/8 biji pisang emas/2 biji pisang cavendish
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula perang
4 biji telur gred A
size loyang/tin 8x8
bahan A
8 keping biskut oreo (tanpa krim)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
bahan B
4 biji pisang berangan/8 biji pisang emas/2 biji pisang cavendish
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
caranya
kisar oreo tanpa krim hingga halus. ketepikan
ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. satukan serbuk oreo dan gaul rata
satukan minyak jagung, telur, gula perang, pisang dan esen vanilla di dalam blender. kisar halus hingga sebati
masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam campuran tepung. gaul perlahan hingga sebati. ketepikan
panaskan oven pada suhu 170C
sapu loyang saiz 8x8 dengan mentega. lapikkan dengan baking paper
masukkan adunan kek pisang oreo tadi
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-45 minit (api atas bawah)
apabila telah masak keluarkan dari oven
sejukkan kek di atas redai dan barulah dipotong. siap
kek pisang oreojangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment