Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM SANTAN PANDAN GEBU tak perlu mixer atau blender..wajib cuba

 

salam my kesayangan...

semenjak dari awal puasa tahun ni...QH lebih banyak masak sendiri berbanding beli di bazar...rasa malas nak berasak-asak bila kat dalam tu...kena beratur panjang lagi sebab perlu mematuhi SOP yang ditetapkan pulak...jadi masak je la sendiri yang simple2 pon...janji apabila berbuka tu ada la juadahnya...

untuk perkongsian idea iftar petang nanti atau bila2 la ye...boleh la cuba buat apam santan pandan jagung ni...senang sangat tau nak buat apam ni...tak perlu la nak pukul beriya dan menggunakan mixer bagai...hanya pukul2 manja gitu dah boleh menghasilkan apam yang sangat gebu dan sedap...


starter tu (bahan A) yang membantu penghasilan apam yang gebu tu...bila cuba resepi ni akan nampak sendiri bagaimana adunan tu naik mengebu2 tau...apam ni sedap di makan dengan isi jagung creamy atau pon kelapa parut...QH lebih suka makan dengan isi jagung tu...sedap manis...

untuk 1 adunan apam ni dapat banyak juga tau...boleh la nanti berbagi dengan jiran sikit...bulan puasa ni amat bagus jika berkongsi rezeki kan...

sedikit tips...semasa nak mengukus apam ni...masukkan adunan yang hendak dikukus je ke dalam bekas acuan...kalau letak awal2 semuanya...pasti akan melimpah keluar kang adunan tu...sebab selagi starter tu masih aktif, selagi tu la adunan ni akan naik lagi...kalau pengukus tu besar boleh la buat sekali jalan je...


di akhir kata...seperti biasa resepi ni ada videonya langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=XnlQCU7O8e0&t=73s yang tertera untuk teruskan menonton resepi ini...bila dah ke sana tu jangan lupa ye untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu tau...terima kasih...
 

APAM SANTAN PANDAN JAGUNG
youtube Qasey Honey

Bahan A

1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil gula kastor
3 sudu besar air suam

Bahan B
200 gm isi jagung jenis creamy
100 ml santan 
60 ml air
150 gm gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil pes pandan

Bahan C
245 gm tepung gandum diayak bersama
1 sudu kecil serbuk penaik double action


caranya
1. Gaul sebati bahan A dan perapkan selama 10 minit atau sehingga ia naik sekali ganda. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan santan dan jagung. kacau perlahan sehingga kembang
3. Masukkan gula kastor, telur dan pes pandan. Gaul sebati. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.
4. Masukkan pula tepung gandum yang telah diayak bersama double action serbuk penaik dan gaul sebati.
5. Tutup bahagian atas mangkuk dengan kain dan rehatkan selama 1jam.
6. Cukup 1 jam diperap, kacau adunan apam agar sebati. Sudukan adunan ke dalam acuan apam 3/4 penuh. Kukus apam selama 15-20 minit.
7. Boleh di hidang panas apam tersebut.Apam tersebut boleh jugadimakan bersama kelapa yang digaulkan bersama garam.


apam santan pandan jagung gebu
https://www.youtube.com/watch?v=XnlQCU7O8e0&t=73s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments