Salam my kesayangan...
sampai jua vietnamese spring roll ni ke dapur QH...semasa PKP yang lepas di IG ramai yang dah buat sendiri...masa tu QH hanya jadi pemerhati jer...heee...padahal ada je stok paper rice tu...biase la kan beli je beriya nak buatnya kemahin percintaan lagi...
biase yang kita jumpa vietnamese spring rolls ni kemain berhimpun lagi sayur2 di dalam tu...QH pula jenis tak berapa gemar dengan sayur yang banyak macam tu...kalau beli tu semasa makan akan tarik sikit2 sayur tu keluar...dah tua bangka macam ni pon masih tak sukakan sayur...ngeeee
apabila datang angin rajin nak buat sendiri ni...mungkin di luar sana dah yang jual kan...QH dapat idea ni pon dari group Tiktok...nampak menarik pula vietnamese spring rolls samyang ni...yang paling penting kurang sayur...heeee
di dalam group tiktok tu empunya idea tu menggunakan ramen samyang yang segera tu...dari QH ni mee samyang tu buat sendiri tau...alang2 dah rajinkan kununnya...gigih la mencari resepi samyang homemade...terima kasih pada empunya resepi yea...
nampak seperti renyah je bila semua buat sendiri kan...nak siapkan bahan2 lagi...tapi bila dan cuba sendiri...ehhh sangat mudah la...sekejap je dah siap...bagaikan tak percaya ianya semudah dan sesedap tu tau...rasanya samyang tu pula hampir sama dengan samyang segera yang biasa kita beli tu...
nak tahu bagaimana mudahnya menghasilkan vietnamese spring rolls samyang ni...boleh la tonton video penuh langkah demi langkah resepi ni di channel youtube Qasey Honey...klikkan pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=DXdfH2GD1z8 yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biasa la ye...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih
nanti bila dah buat sendiri tu...boleh je nak ejas sendiri rasa pedas tu mengikut tahap kepedasan masing2...nak rasa yang lagi pedas menyenggat lagi tambahkan sahaja cili tu...pada QH bahan yang sedia ada seperti di bawah tu dah cukup...sedang2 je rasa pedasnya...
sebelum terlupa...untuk paper rice tu, QH hanya lalukan sahaja menggunakan air biasa...tak perlu rendam atau menggunakan air panas...QH tak pasti la jika lain2 paper rice cara lembutkannya tu macam mana...yang QH guna tu paper rice mudah untuk dilembutkan...lepas tu nanti gulung la dengan kemas...hasil dari QH ni gulungannya tak kemas sangat pon...asal bergulung je sudah...heeee...apa tunggu lagi jom la cuba sekarang...
VIETNAMESE SPRING ROLLS SAMYANG
youtube Qasey Honey
bahan2
2 paket mee maggi goreng
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
2-3 sudu besar minyak masak untuk menumis
2-3 sudu besar sudu besar chilli flakes
8-10 biji cili padi (cincang lumat)
1 kiub pati ayam
2 paket perencah maggi goreng asli
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
bijan putih secukupnya
seaweed secukupnya
filament crab stick secukupnya
timun secukupnya
bahan2
2 paket mee maggi goreng
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
2-3 sudu besar minyak masak untuk menumis
2-3 sudu besar sudu besar chilli flakes
8-10 biji cili padi (cincang lumat)
1 kiub pati ayam
2 paket perencah maggi goreng asli
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
bijan putih secukupnya
seaweed secukupnya
filament crab stick secukupnya
timun secukupnya
caranya
panaskan pan, sangai bijan putih hingga keperangan. ketepikan
panaskan pula minyak zaitun secukupnya
tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit keperangan
masukkan cili padi dan chili flakes. tumis lagi hingga sedikit garing
masukkan pula kiub ayam, gula dan garam secukup rasa. kacau rata
perasakan rasanya dan ketepikan sebentar
rebus air secukupnya hingga mendidih
rebus filamen ketam 1-2 minit. angkat dan ketepikan
kemudian rebus pula maggi hingga lembut. tapis dan lalukan di air. masukkan maggi tadi ke dalam mangkuk besar.
masukkan perencah samyang yang di masak awal tadi
masukkan perencah kicap dan minyak. kacau rata
masukkan rumpai laut dan bijan yang disangai. kacau rata
ambil sekeping rice paper dan lembutkan menggunakan air biasa (rujuk video)
letakkan maggi samyang tadi secukupnya
letakkan maggi samyang tadi secukupnya
susun pula timun, lettuce dan filamen ketam tadi
kemudian gulungkan dengan kemas. siap
buat hingga habis dan sedia untuk dihidang.
vietnamese spring rolls samyang jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment