Qasey Honey. Powered by Blogger.

PIZZA ROTI GUNTING VIRAL tanpa oven yang mudah dan sedap..

 

Salam my kesayangan...

Bersua kembali...
Alhamdulillah...akhirnya Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang termasuk di dalam zon PKPB...diharapkan selepas ni satu Negara akan dapat memasuki zon PKPP pulak...tak sabar rasanya ingin merentas negeri...bila dapat rentas negeri nanti...tujuan utama mesti la ke kampung dahulu n baru la pikir ke destinasi yang lain...

lama sangat ni tak balik ke Johor n berharap sangat tahun ni dapat la beraya di kampung...taknak dah beraya di sini lagi...jadi peluang rentas daerah yang diberikan tu manfaatkan la sepenuh dan jangan lalai untuk mematuhi sop dan menjaga kesihatan diri...bersama la kita membantu supaya dapat mengurangkan kes dari terus meningkat...kesian la pada frontliners kita yang telah bertungkus lumus untuk mencegah wabak ni dari terus merebak...hargai la jasa dan pengorbanan mereka...


sekarang sekolah pon dah mula dibukakan...jadi pasti ramai ibubapa kembali sibuk menguruskan anak2...lagi pula sekarang perlu mematuhi norma baru dan sop...jadi perhatian tu kena lebih la sikit...

bila dah kembali sibuk ni...pasti resepi yang selalu akan terpikir adalah yang simple, ringkas janji sedap kan...untuk idea resepi kali ni boleh la dijadikan sebagai bekal untuk anak2 ke sekolah...jadi tidak la anak2 tu akan berlapar ketika di sekolah nanti...resepi ni juga menjadi viral semasa PKP...maklum la ramai duduk rumah jadi bermacam idea keluar...ehhh QH pon suka juga tau dengan resepi pizza roti gunting ni...kalau rasa teringin sangat nak makan piza...boleh la godek2 sendiri di dapur...biasa dah tengah malam baru la perut ni meminta yang bukan2..masa tu la dia nak lapo...heeee


senang sangat la nak buat pizza gunting ni kerana based piza ni hanya menggunakan roti putih atau roti gardenia je tau...guntingkan saja roti tu kecil untuk jadikan based piza...pastu letak la apa ikut suka...nak lagi sedap letak la mozzarella chesse atau topping piza tu banyak2 tanpa had...sedap dimakan ketika masih panas dan baru la boleh tarik2 chesse tu....untuk piza gunting ni QH menggunakan bebola ayam...kemain banyak lagi QH letak...memang puas makan la bila buat sendiri ni...based sos piza tu hanya menggunakan sos bolognese sahaja...rasanya tetap mewah seperti pro jek...

untuk resepi viral ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya mengikut cara dan selera sendiri di channel youtube Qasey Honey...boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=OcV5ZW07vcQ&t=95s yang tertera tu untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...terima kasih semua...

jom jangan tunggu lagi...mari cuba sekarang!!


PIZZA ROTI GUNTING BEBOLA AYAM YANG MUDAH DAN SENANG
youtube Qasey Honey
Bahan2 7-8 keping roti 2-3 biji telur 15-20 biji bebola ayam 1 tin sos bolognese lada benggala merah, hijau, kuning parsley flakes mozzarella cheese


caranya
gunting roti dalam kiub2 kecil
pukul telur dan masukkan ke dalam mangkuk berisi roti tadi
gaul hingga semuanya rata. ketepikan

di dalam mangkuk yang lain
masukkan bebola ayam secukupnya
kemudian gaulkan dengan 1/2 tin sos bolognese. ketepikan

panaskan pan dengan api paling kecil
masukkan mentega dan biarkan hingga cair
matikan api dan susun roti yang telah bersalut telur tadi. ratakan permukaannya
tuangkan 1/2 tin sos bolognese. ratakan dipermukaannya
masukkan bebola ayam yang disalutkan dengan sos bolognese tadi. ratakan
letak lada bengala merah, hijau dan kuning secukupnya
taburkan dengan daun parsley kering secukupnya
taburkan pula dengan keju mozarella secukupnya (lagi banyak lagi sedap)
hidupkan gas dengan api yang paling kecil
tutup pan dan biarkan hingga masak dan chesse cair
siap dan boleh terus hidang



pizza roti gardenia gunting viral tanpa oven 
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

1 comment

norhidana said...

mengodanya menu akak tuh