Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHOCO JAR bubble rice dan koko krunch viral.. coklat sentiasa cair



Salam my kesayangan...

Jumpa lagi di episode seterusnya...
rasa macam takde ape yang ingin dileterkan hari ni
kontang sekejap idea nak berceloteh...heee
begitu la selama hampir 10 tahun QH berblog...ada masa idea datang mencurah2...panjang la QH berleter...ada masa idea tak bape nak bagi kerjasama maka sendu sedikit la entri pada hari tersebut...


untuk resepi kali ni bukan la sesuatu yang baru...cuma lambat je nak sampai ke sini...choco jar ni biase QH beli jika terasa nak makan...sebab rasa dah berlambak sangat orang duk jual...macam2 pilihan pulak tu yang ada...sediakan duit jaaa...heee

QH buat ni disebabkan PKP ritu...tak keluar rumah kan...tiba tekak terasa nak makan pulak...bubble rice tu dah lama QH beli...kunun nak try resepi lain...pikir2 buat je la dulu choco jar ni dulu...sebab dah tekak buat permintaan kan...


bila buat sendiri ni banyak la jimatnya...pastu boleh letak apa yang kita suka dan coklat tu boleh la pilih nak yang mahal ataupon murah...nak sedap yang mahal la kan...yang ni QH guna coklat beryls je...stok PKP 1.0 yang lepas...heeee...jangan risau lama lagi expired nya tu tau...kisahnya semasa ke bakery tu nak beli coklat cip sekali dah sampai rumah baru perasan terambil coklat coin plak...

untuk resepi ni seperti biase QH tetap menyediakan video cara membuatnya langkah demi langkah...kot ada yang belum pernah cuba lagi kan...boleh la tonton video ni di channel youtube Qasey Honey tu sebagai rujukan...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=5kJSaT5r1-A&t=43s yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biase juga jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih


CHOCO JAR BUBBLE RICE & KOKO KRUNCH
youtube Qasey Honey

bahan2

500 gm choco compound / couverture
80-100 ml minyak masak / minyak jagung 
250 gm bubble rice
80 gm koko krunch


caranya
panaskan air hingga mendidih
guna teknik double boiler (pastikan bekas betul2 kering)
cairkan coklat hingga betul2 cair
kemudian baru masukkan minyak masak / minyak jagung. kacau rata
ketepikan sebentar
panaskan oven dan bakar bubble rice pada suhu 120C selama 10-15 minit (api atas bawah). keluarkan dan biarkan sejuk
bakarkan juga koko krunch pada suhu 120C selama 10-15 minit. keluarkan dan biarkan sejuk juga
apabila telah sejuk, sediakan botol atau bekas pilihan
masukkan koko krunch dan bubble rice
kemudian tuangkan coklat cair tadi
boleh hiaskan atasnya mengikut pilihan masing2. siap
sedia untuk dimakan dan simpan (tutup bekas dengan betul dan rapat)


choco jar bubble rice dan koko krunch 
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

 

No comments