Salam my kesayangan...
bersua kembali...
kena laju sikit update kali ni...kalau tak nanti KPI tak tercapai plak...heeee...haaa gitu
sebelum tu QH ingin mengucapkan semoga adik2 yang menduduki peperiksaan SPM 2020 akan berjaya dengan cemerlang...walau banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang pandemik covid-19 ni...teruskan usaha dan buktikan kepada semua bahawa itu bukan halangan untuk berjaya...semoga semua dalam keadaan tenang ketika menjawab peperiksaan...tumpukan perhatian dan matlamat in shaa Allah...semuanya akan dipermudahkan...aaminn
pasti ramai ibubapa yang risau dan khuatir dengan anak2 yang menghadapi peperiksaan besar ni pada situasi sekarang...maklum la belajar banyak di rumah berbeza seperti tahun2 sebelumnya kan...in shaa Allah dan yakin bahawa anak2 tu akan buat yang terbaik...sentiasa berdoa semoga dipermudahkan segalanya dan berikan sokongan atas segala usaha yang telah mereka berikan...
baik la ni makcik nak ajak mak2 memasak pulak yea...heee...balik dari exam mesti lapo kan...heeee
untuk resepi kali ni simple sangat...elok sangat la dengan keadaan sekarang ni...walaupun simple yang amat tapi rasanya tetap padu dan menyengat la...kompom semua ahli rumah akan bertambah makan...dinasihatkan untuk masak lebih lauk ni...jenis masakan yang kering2 begini memang peberet QH sangat...nanti nak makan tu boleh la tambah ikan goreng dan sayur campur...bertambah menyelerakan dibuatnya...
walaupon resepi ni terlalu ringkas dan simple...QH tetap menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...buat rujukan adik2 dan anak2 yang ingin belajar memasak...masa ni mood makcik ko rajin sangat...tu sanggup buat video tau...
nak tonton video ni...klikkan sahaja link yang tertera tu https://www.youtube.com/watch?v=0d12T5aR7b4&t=83s...jangan lupa pesanan penaja ni untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tau...selain resepi ni...ada banyak lagi resepi2 menarik yang terkumpul di sana tau...apa lagi jom singgah ke sana...terima kasih
bahan A
1kg kerang - rebuskan dahulu
3 inci halia
2-3 sudu besar minyak masak
bahan kisar kasar/tumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
30-40 cili padi
bahan B
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
2-3 keping asam keping
garam n gula secukup rasa
1-2 biji bawang besar
bersihkan kulit kerang dengan berus atau rendamkan dengan cuka dan lemon
didihkan air secukupnya kemudian rebus kerang hingga masak. buang air rebusan tadi
sediakan air sejuk atau air bercampur ais secukupnya dan masukkan kerang tadi ke dalamnya
kupas kerang separuh atau buang cengkerangnya terus. ketepikan (biarkan di dalam air sejuk tadi)
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya
tumis bahan kisar hingga naik bau
masukkan serai dan tumis lagi hingga wangi
masukkan daun kunyit, serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa
kemudian masukkan kerang yang direbus tadi dan asam keping. gaul rata. perasakan rasanya
akhir sekali masukkan bawang besar. gaul rata dan matikan api. siap
kerang tumis cili padi jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment