Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL UDANG gerenti sedap...rahsia memikat suami

 

Salam my kesayangan...

bersua kembali...
memang la kan...bila dah tinggalkan kejap blog ni...nak datang ke sini semula memang bercinta...puas merangkak baru sampai ke sini...heee...

terkadang tu bukan sengaja tinggalkan blog ni...cuma terikat dengan komitmen yang lain...tu yang kejap ada n kejap tidak di sini...untuk Qasey Honey ni...QH memang handle semuanya sendiri...jadinya sekarang tak menang tangan untuk jaga semua dalam 1 masa...kita la tukang masak, kita la photographer, kita la video creator, kita la editor n macam2 lagi di belakang tabir yang orang tak tahu...terkadang nak mengeluh penat...QH dah buat ni hampir 10 tahun dah...ini juga la yang QH minat nak buat...nak taknak kena teruskan...


penat tu akan hilang dengan sendirinya bila dapat komen positif n supporter dari follower...tu la kekuatan yang QH ada sekarang untuk teruskan apa yang telah QH buat ni...lebih terharu bila ada yang bagitahu...ada resepi2 yang QH kongsikan di blog ni...ada yang buat untuk berniaga...dapat pulak komen positif dari customer...Alhamdulillah...apa yang dikongsikan di sini dapat membuka pintu rezeki pada yang lain...

In Shaa Allah selagi ada waktu...banyak lagi yang QH ingin kongsikan pada semua...QH akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya...


untuk resepi kali ni adalah menu harian...waktu ni teringin sangat pulak nak makan sambal udang...udang pon ada je kat dalam peti tu...terus je la masak...QH gandingkan sambal udang ni bersama dengan telur dadar je...nak masak sayur macam tak terasa nak makan sangat hari tu...jadi ler dua lauk tu...Alhamdulillah makan hingga menjilat jari...heeee...punya la puas merasa air tangan sendiri...macam sedap sangat je...ngeeee

resepi ni QH ada sediakan video cara memasaknya langkah demi langkah...buat adik2 yang ingin belajar memasak sambal udang ni...boleh la klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=ySTYSWcY3NQ tu untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa ajak kawan2 sedara mara atau kenalan yang lain untuk subscribe youtube channel Qasey Honey ni tau...terima kasih...


SAMBAL UDANG
youtube Qasey Honey

bahan2

20 ekor udang saiz xl
1 sudu kecil pes asam jawa - tambah sikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1-2 biji bawang besar

bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit 
1 batang serai

cili kisar
40 tangkai cili kering - buang biji
1 sudu besar minyak masak
air secukupnya


caranya
kisar semua bahan kisar hingga halus
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya
tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak
masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. kacau rata
masukkan udang satu persatu. kacau sekali sekala sehingga udang masak dan kuah mendidih (jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air)
akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. kacau rata
perasakan rasanya, jika sempurna matikan api


sambal udang sedap
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments