Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI BENGGALI LEMBUT / FLUFFY BREAD BENGALI | resepi yang senang..pasti jadi!



Salam my kesayangan...

bersua kembali...
sekali sekala teringin juga nak membuat sendiri roti di rumah kan...selain menguji kemampuan dapat juga mencuba resepi yang berkenan di hati...

untuk membuat roti ni tidak la sesusah mana dah sekarang jika ada bantuan dari bread maker ni...kalau takde boleh menggunakan mixer...QH biasa kalau buat roti akan menggunakan bread maker je la...campurkan je semua bahan di dalam tu dan biarkan mesin uli sampai jadi doh...sementara menunggu mesin tu bekerja...sesambil tu boleh buat kerja yang lain...senangkan...sekarang pon harga bread maker ada banyak pilihan mengikut brand...ada yang murah dan mahal...boleh beli ikut bajet masing2...yang penting bukan jenamanya tetapi fungsinya...boleh cari di Lazada atau Shoppe...


dah siap doh tu...QH malas pula nak bentuk2 kan...jadi buat terus sebuku besar macam tu...nanti nak makan potong je keping2 nipis...resepi ni QH suka sangat...tekstur roti ni sangat la lembut...hasilnya mengagumkan macam pro macam ala kedai dah la...bau roti ni jangan cakap la...dari dalam oven lagi dah rasa tak sabar nak makan tau...wangi betul...

QH makan roti ni cicahkan dengan kari sardin semalam...perghhh dia punya layan...sedar2 setengah buku masuk ke perut...heeee...sepanjang tempoh ni dah banyak kali juga la QH buat roti menggunakan resepi ni...semua hasilnya sama...sebabnya kadang tekak ni nak makan roti...terlupa plak nak beli...bila dah beli biasanya tak habis la pulak...sudahnya buat je la sendiri...mesti akan habis...sebab menghargai usaha sendiri membuat roti ni...heeee


untuk resepi roti benggali ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=1BVM2WI9hE8 yang tertera untuk teruskan menonton...boleh la tengok bagaimana QH menghasilkan roti yang sangat gebu ni...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...

selain video resepi ni...di sana ada banyak lagi resepi2 menarik yang patut korang cuba tau...


ROTI BENGGALI LEMBUT / FLUFFY BENGALI BREAD
youtube Qasey Honey

bahan A
50 gm gula
15 gm susu tepung
1 sudu kecil yis segera
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
250 gm tepung roti
115 ml susu segar / susu penuh krim
50 gm marjerin

bahan B
1 biji kuning telur
2 sudu besar susu segar 


caranya
satukan semua bahan ke dalam bread maker
pilih menu dough dan biarkan sehingga mesin berhenti
rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda (tutup dengan kain bersih)
keluarkan doh dan uli sambil tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin
bentukkan doh dan masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai
tutup dengan kain bersih dan biarkan ianya naik sekali ganda
panaskan oven pada suhu 170C (api atas bawah)
sapu doh dengan bancuhan telur dan susu di atasnya
bakar roti selama 20 minit atau sehingga atasnya kekuningan
setelah masak, keluarkan roti dari oven dan biarkan sejuk. siap untuk dihidang


roti benggali lembut
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments