Qasey Honey. Powered by Blogger.

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD / roti keju korea viral

 

Salam my kesayangan...

bersua kembali...
akhirnya sampai juga resepi viral ni ke blog QH...walaupon agak lambat atau yang paling lambat agaknya takpe...dapat jugak la QH simpan resepi viral ni di sini sebagai kenangan PKP yang lepas...

yang QH punya versi ni beza sikit la dari yang lain...buat besar terus...malas plak rasanya nak gentel2 roti tu kecik2...nak makan cubit la je sorang sikit...heee...jadi la buat rasa2...

pada QH roti ni sedap di makan panas2...jadi kurang sikit rasa muak cheese tu...tapi buat cheese lover tak kisah kot...maklum la tekak 80an ni kan beza sikit...heee
 

pada yang belum berpeluang mencuba lagi resepi viral ni...boleh la buat yea...musim sekarang masih belum boleh ke mana2 lagi kan...kita makan je la dulu food street korean ni dulu ehhh...

resepi ni juga dah ramai yang dah buat niaga sekarang...senang sangat nak jumpa dah...sesiapa yang open order untuk korean garlic cheese bread ni mesti akan laku keras la...

ada yang buat korean garlic cheese bread ni rotinya tu beli yang dah siap...yang mana rajin sikit tu...akan homemade la roti tu...masa ni QH ada rasa rajin sikit...jadi buat je la sendiri roti tu...

resepi ni QH dah sediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...untuk teruskan menonton boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=nOjgMttrZsI yang tertera...sebelum tu pesanan penaja jangan lupa subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih... 


ROTI LEMBUT (BASIC)
youtube Qasey Honey

bahan2

50 gm gula
15 gm susu tepung
1 sudu kecil yis segera
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
250 gm tepung roti
115 ml susu segar / susu penuh krim
50 gm marjerin

caranya boleh rujuk di SINI dan videonya pula di SINI

bahan B
250 gm cream chesse
50 gm whipping cream
30 gm gula

bahan C
70 gm mentega (cairkan)
1 biji telur gred A
1 sb oregano kering 
1 sb serbuk bawang putih 
2 sb susu pekat 


caranya
bahan B
satukan cream cheese, whipping cream dan gula ke dalam satu bekas
guna whisk pukul hingga lembut, sebati dan gebu
masukkan ke dalam piping bag

bahan C
cairkan mentega
satukan bersama telur, oregano kering, serbuk bawang putih dan susu pekat. kacau rata hingga sebati

potong atas roti yang telah siap
kemudian paipkan campuran bahan B tadi
sapukan campuran bahan C di atas roti hingga rata semuanya
panaskan oven pada suhu 170-180C (bergantung pada oven masing2)
bakar roti tadi selama 20-25 minit
setelah masak, keluarkan dari oven. sejukkan atau boleh di hidang panas


korean garlic cheese bread / roti keju korea
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments