Qasey Honey. Powered by Blogger.

BAKED CHICKEN MEATBALL SPAGHETTI BOLOGNESE rasa Malaysia

 

Salam my kesayangan...

kembali lagi gaizzzz...
tak tahu la capai ke tidak KPI untuk bulan ni heeee...sebab untuk tahun ni QH meletakkan target untuk update blog ni setiap bulan sekurang2nya 10 resepi camtu la...kalau tidak pada bulan berikutnya terpaksa keje lebih sikit la...ngeeee

biasa awal2 tahun begini semangat tu berkobar2 la lagi untuk mengupdate mana2 socmed...tunggu la dah tengah2 nanti...akan jadi slow jek...buat ikut suka...sesiapa dah lama dengan QH akan perasan kot benda tu...heeee


untuk resepi kali ni kan...kita ubah selera la sikit...tekak ni tetiba nak makan ala2 western gitu...biase kalau masak begini QH akan masak lebih sikit...sebab suka ulang makan...ianya cepat mengenyangkan dan melaparkan...heeee...pada QH la..orang lain tak tahu macam mana...

pada resepi ni QH menggunakan wholemeal spaghetti dari San Remo...ianya agak kenyal2 sedikit berbanding spaghetti biase tu...harga pon agak berbeza sikit la dari yang biase tu...saja mencuba sebab nampak macam menarik je kan...terpulang la jika nak mencuba resepi ni nak menggunakan spaghetti yang biasa tu boleh je...yang ni QH buat ikut selera yang tersendiri...kalau boleh banyakkan sedikit mozarella dan kuah lebih sikit lagi sedap tau...kali kedua QH bakar buat macam tu...wallaaaa...


seperti biasa jugak la...resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah bagaimana memasaknya dengan cara sendiri...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=atI7gyHXj9Q&t=19s yang tertera tu untuk teruskan menonton..kalau tengok video ni nanti akan lebih paham dan baru tahu senangnya masak Baked Chicken Meatball Spaghetti Bolognese ni tau...tetapi sebelum tu jangan la lupa untuk subscribe channel youtube Qasey Honey ni yea...terima kasih...

sebelum terlupa...terima kasih kepada team Yakin kerana telah sudi mengirimkan bungkusan yang cantik ni kepada QH...untuk sos bolognese ni QH menggunakan sos spageti cendawan dari jenama Yakin


EASY BAKED CHICKEN MEATBALL SPAGHETTI BOLOGNESE
youtube Qasey Honey

bahan sos bolognese 

3-4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol sos bolognese / cendawan 
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 helai daun bay
1 kuib ayam
6-7 biji tomato ceri
1 batang lobak merah
20-30 biji bebola ayam
2 cawan air
1/3 biji capsicum hijau
1/3 biji capsicum kuning
garam n gula secukup rasa


caranya
tumis minyak zaitun secukupnya dan mentega. biarkan hingga mentega cair
tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
masukkan sos bolognese, sos tomato dan sos cili. kacau sekali sekali hingga kuah mendidih.
masukkan daun bay, kuib ayam, tomato ceri dan lobak merah. kacau sekali sekali hingga lobak lembut.
masukkan bebola ayam dan air secukupnya. kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa serta capsicum. kacau rata.
perasakan rasanya, jika sempurna matikan api dan ketepikan. 


bahan B
air rebusan secukupnya
garam secukup rasa
minyak zaitun secukupnya
400 gm spaghetti

bahan C
mozzarella cheese
capsicum merah, hijau n kuning


caranya
rebus air secukupnya hingga mendidih
masukkan sedikit garam dan minyak zaitun secukupnya.
masukkan spaghetti secukupnya dan rebus hingga lembut seperti arahan pada bungkusan.
tapiskan spaghetti dan lalukan di air mengalir.
masukkan sedikit minyak zaitun dan kacau rata.
sediakan bekas yang sesuai dan boleh di bakar.
masukkan spaghetti ke dalamnya.
tuang sos bolognese yang dimasak tadi secukupnya.
taburkan keju mozarella dan hirisan capsicum.
masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan awal.
bakar selama 10-15 minit pada suhu 180C.
setelah siap, keluarkan dari oven dan terus hidang ketika masih panas.


baked chicken meatball spaghetti bolognese
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments