Salam my kesayangan...
nampaknya KPI untuk bulan ni tak tercapai...takpe kita bawak ke bulan seterusnya la yea...
jom la terus ke resepi terkini di blog QH ni...resepi ni agak viral juga di IG...klau tengok di feed IG tu banyak la lalu lalang di situ...di facebook tak pasti sebab dah lama tak singgah ke sana...tak tahu dah ape yang terkini di sana...cuba juga untuk update FB tetapi kekangan masa masih tak dapat lagi aktif di sana...walau tiada di FB boleh je jumpa QH di sini, youtube atau IG...QH juga ada tiktok tau...boleh la follow semua socmed tu...
mengenai resepi ni...biasanya orang akan buat dengan daging lembu la...resepi ni amat popular di sebelah utara dan thailand...jika di google resepi ni ada mitosnya yang tersendiri...daging harimau menangis ni asalnya dari satu bahagian dari daging lembu tu...kalau kat Malaysia ni orang panggil daging batang pinang la...sebab di bahagian tu banyak lemak jika di bakar dan dicicah dengan air asam atau sos cili thai memang sedap la katanya dan dagingnya lembut...
versi yang QH buat ni sebab tak makan daging jadi digantikan dengan menggunakan isi ayam...pada QH la kan...jika ayam tu ada tulang2 sikit lagi sedap...heee...biase isi ayam ni memang kurang sikit la...ramai je yang QH tengok buat menggunakan ayam...ikut pada selera masing2 la yea...kalau nak rasa yang asli guna daging lembu...
untuk ayam bakar menangis ala danok ni...QH gandingkan dengan sos cili thai...buat makan begitu sahaja pon dah sedap...inikan pula makan dengan nasi putih panas2...memang menangis la...susah nak benti makan siap bertambah berkali2 lagi...
masa QH masak ni...rasa macam tersedap di dunia la menu pada hari tu...bertapa nikmatnya merasa air tangan sendiri...QH makan lauk ni saja tak tambah lauk lain...taknak nanti akan menghilangkan nikmat rasanya tu jika di makan campur dengan lauk yang lain...
nak belajar dan mencuba resepi ni...QH telah sediakan video cara penyediaannya langkah demi langkah tau di youtube channel Qasey Honey...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=eKaPWVN04uQ yang tertera tu untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...
AYAM BAKAR DANOK STYLE / AYAM BAKAR HARIMAU MENANGIS / CHICKEN GRILL
youtube Qasey Honey
bahan perap
2 keping isi ayam / dada ayam
2 sudu besar gula perang
2-3 sudu kecil lada hitam (kisar)
1 keping gula melaka
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
caranya
isi ayam di tumbuk2 perlahan (biar sedikit nipis)
masukkan ke dalam bekas yang sesuai
masukkan gula perang, lada hitam, gula melaka, sos ikan, minyak masak dan sos tiram
gaul rata dan ketepikan (perapkan selama 30 minit atau 1 jam)
panaskan pan atau pemanggang ajaib (boleh sapukan dengan sedikit minyak)
panggang ayam sehingga masak sambil dibalikkan sekali sekala
angkat dan ketepikan
untuk hidang hiris ayam nipis-nipis dan curahkan sos diatasnya
bahan sos
2 sudu besar beras (sangai - kisar)
3 batang akar daun ketumbar
5 ulas bawang putih
1 cawan air atau secukupnya
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu kecil sos ikan
2 sudu kecil chili flakes
2 sudu kecil gula perang
1/2 keping gula melaka
3 biji jus limau nipis
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang besar
2 sudu besar beras (sangai - kisar)
3 batang akar daun ketumbar
5 ulas bawang putih
1 cawan air atau secukupnya
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu kecil sos ikan
2 sudu kecil chili flakes
2 sudu kecil gula perang
1/2 keping gula melaka
3 biji jus limau nipis
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang besar
caranya
panaskan pan dan sangaikan beras hingga keperangan
masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. ketepikan
kemudian kisar kasar akar daun ketumbar dan bawang putih. ketepikan.
di dalam bekas yang lain satukan beras kisar yang disangai tadi dan air. kacau rata
kemudian satukan sos cili, sos tiram, sos ikan, chili flakes, gula perang, gula melaka dan jus limau nipis. kacau rata
akhir sekali masukkan daun ketumbar, bawang besar dan bahan kisar tadi. kacau rata
perasakan rasanya, jika kuah agak pekat boleh tambahkan sedikit air. siap. hidangkan bersama dengan ayam bakar menangis tadi.
ayam bakar menangis danok style jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment