Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM BALIK GEBUS GEBAS 2.0 semua lebih TANPA GAGAL! sukatan cawan dan juga tips

 

Salam my kesayangan...

bersua kembali dengan resepi yang seterusnya untuk tahun 2021 aka resepi pkp 2.0...nampaknya bersambung lagi la PKP 2.0 sehingga 18 Feb 2021 di seluruh Malaysia...maka duduk rumah lagi la n tak boleh ke mana2 lagi kan...bertabah la semua ye...semoga pandemik ni dapat dikurangkan n Negara serta dunia kembali pulih seperti biasa...

hilang nikmat kebebasan kita untuk menjalankan aktiviti harian kan...pergerakan pon terbatas...ada juga yang pendapatannya yang terjejas akibat pandemik ni...yang diberhentikan kerja saat begini...di luar sana QH pasti ramai yang terjejas dan mengalami kesukaran...yang boleh kita lakukan bersabar dan mencari alternatif lain untuk mencari rezeki...


untuk resepi kali ni...QH membuat percubaan sekali lagi membuat apam balik...sebelum ni QH pernah kongsikan resepi ni di sini n tetap menggunakan resepi yang sama...cuma tekniknya menghasilkannya tu berbeza sedikit...Alhamdulillah hasilnya tidak menghampakan...rupanya hampir sama seperti apam balik yang biasa kita beli tu...

di musim begini agak terhad untuk keluar ke mana2 kan...jadi boleh la buat sendiri apam balik ni di rumah...apam balik ni tersangat la gebus dan lembut je walaupon dan sejuk...lagi sedap bila di makan ketika masih panas...bila buat sendiri ni boleh la letak apa yang kita suka n boleh letak semuanya lebih la...untuk kali ni QH letak gula, kacang tumbuk n nestum...sedap tak tahu nak kata la...yang pasti jagung mesti lagi lebih! heeee



untuk mendapatkan apam balik yang gebus...pastikan adunan betul kembang dan kelihatan pucat...rehatkan selama 1 jam...gunakan api paling kecil sehingga kelihatan bubble kecil di permukaan apam balik...kemudian baru la letak apa yang kita suka...

untuk resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=qzEfIMgVgWg yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu pesanan penaja jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH yea...terima kasih semua...


APAM BALIK GEBUSS
youtube Qasey Honey

Bahan2
1/2 cawan gula
1 biji telur gred A
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
sedikit mentega/planta utk mengoles

bahan tabur : gula pasir, kacang tanah tumbuk, nestum & jagung manis


Caranya
- guna blender atau food processor, putar gula dan telur hingga kembang.
- kemudian satukan baking powder, soda bikarbonat, esen vanilla , tepung gandum dan air. putar lagi sehingga sebati. 
- rehatkan adunan selama 1jam (letak di luar sahaja)
- panaskan pan dan oleskan dengan butter atau marjerin (guna api paling kecil)
- senduk atau tuang adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan ratakan.
- tutup pan dan biarkan hingga keluar bubble (gunakan api yang paling kecil dan pan nonstick) 
- tabur gula, kacang tanah, nestum dan jagung. biar hingga masak seketika.
- bila cukup masak, apam dilipat dua dan angkat.


apam balik gebu
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments