Qasey Honey. Powered by Blogger.

KARI AYAM KUKUS / STEAMED CHICKEN CURRY sedap tak terkata...mesti cuba!!

 

Salam my kesayangan...

Bersua kembali dengan resepi seterusnya untuk tahun 2021...resepi ni dah banyak kali QH buat dan beberapa kali kongsikan di blog...boleh tengok DISINI dan DISINI jugak...

biasa siap masak je terus makan...kali ni rajin sikit QH kongsikan sekali lagi...resepi ni dah menjadi peberet QH...lagipon berkari2 ni memang peberet QH sangat2 la kan...walaupon agak renyah sedikit untuk menyediakan untuk pertama kali...lelama tak terasa pon tau...rasa seronok je menyiapkannya...resepi ni sedikit unik tetapi sedap dan sangat berbaloi untuk dicuba...lembut je isi ayam tu...menggoda jiwa raga betul aromanya semasa mengukus...akan jadi tak sabar nak makan...


resepi sedikit unik kerana ada proses menggoreng dan mengukus...nak tahu bagaimana caranya tu kena la tonton video masak langkah demi langkah yang telah QH sediakan di channel youtube Qasey Honey...

klik link yang tertera tu https://www.youtube.com/watch?v=sSF_5j4532k&t=4s untuk teruskan menonton...semoga dengan adanya video ni akan memudahkan semua untuk mencubanya...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih dan QH hargai sangat2 sokongan dari semua...apalagi...jom cuba!!!
 


STEAMED CHICKEN CURRY
youtube Qasey Honey
 
Bahan perap (2jam @ semalaman)
3 keping peha ayam 
1 sudu kecil garam
sudu kecil gula
sudu kecil serbuk kari 
sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung
sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard

Bahan tumis
1 inci halia - dihiris halus
2 ulas bawag putih - dicincang
3-4 tangkai daun kari
1/4 sudu kecil serbuk cili
sudu kecil serbuk kunyit
sudu besar serbuk kari 
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sudu kecil gula melaka
sudu kecil pes asam jawa
1 kiub ayam

Bahan kukus
2 biji bawang merah - dihiris (jadikan bawang goreng)
5-6 biji cili padi - hiris
5-6 batang sayur bendi


Bersihkan ayam dan dibuang kulitnya.
Perap ayam bersama bahan² perap selama 2 jam @ semalaman (perap ayam 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam atau semalaman).
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Susun ayam di atas pinggan yang sesuai. Ketepikan.
Goreng bawang merah menjadi bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan bahan² C dan tumis sehingga pecah minyak.
Tambahkan air dan bahan² D. Biarkan ianya mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari. 
Bersihkan sayur bendi dan dibelah 2. Ini terpulang taknak dibelah pon boleh. Susun sayur bendi di atas ayam tadi.
Kukus ayam sehingga masak.
Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

kari ayam kukus / steamed curry chicken
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments