Salam my kesayangan...
Bersua lagi dengan resepi seterusnya di tahun 2021...menu PKP 2.0 dah sekarang!!
di musim pandemik ni kena PKP lagi...selera ni macam makin berbagai2 plak kan...selera tu sentiasa ada je...ada je la benda yang nak dikunyah tu...dari tahun lepas sampai la sekarang banyak masa di rumah kan...ulang alik ke dapur tu tak tahu dah berapa kilometer sehari...heee...kejap2 ke dapur...tu je yang boleh dibuatkan...nanti bile dah penat...online plak tengok foodpanda atau grab food apa yang sedap...ulang2 sampai la jadi bambam semula...heeee
untuk resepi kali ni...acah2 la jugak kunun dengan menu diet...sebab dah makan macam2 kan...jadi QH selit2kan la menu sihat...heee...kalau masak lauk begini...QH suka himpunkan apa yang ada tu dalam 1 periuk terus...senang tak payah masak lauk lain...kalau nak tambah lauk lain...boleh je tambah ikan goreng ke...macam tu dah cukup...
kebiasaanya bila masak ketam ni...masa makan akan jadi panjang dan ralit nak kokak ketam tu lagi kan...makan pula sup tu masih panas atau suam2 lagi...berselera sungguh la...sup ni QH buat pedas2 sikit...jadi belen dengan kandungan yang kita letak macam2 tu...
jom la cuba menu sihat ni...resepi ni QH sediakan juga video langkah demi langkah untuk memasaknya mengikut cara QH yang tak berapa pandai memasak ni...heeee...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=qzWDj8qQm9s&t=58s yang tertera tu untuk teruskan menonton di youtube channel Qasey Honey...
sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau youtube channel Qasey Honey tu...QH memerlukan sokongan semua untuk terus berkarya...terima kasih...
Bahan2
3 ekor ketam
3 biji telur masin
1 sup bunjut
2 biji kentang
1 batang lobak merah
10 tangkai cili padi merah - ketuk
3 pokok sayur sawi
2 pokok daun sup
2 biji tomato - belah 4
11/2 liter air atau secukupnya
1/4 sudu kecil penambah perisa
garam secukup rasa
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1. Masukkan air secukupnya kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan tutup periuk biarkan air mendidih.
2. Masukkan sup bunjut, lobak merah dan kentang. Kacau rata. Tutup periuk dan biarkan lobak dan kentang sedikit empuk.
3. Masukkan penambah perisa dan garam secukup rasa.
4. Pecahkan pula telur masin satu persatu dan biarkan tak perlu kacau.
5. Apabila telur telah mengeras masukkan ketam. Kacau perlahan.
6. Masukkan cili padi, sayur sawi dan daun sup. Kacau perlahan.
7. Perasakan rasanya, jika dah sempurna akhir sekali masukkan tomato dan boleh terus dihidang.
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment