Qasey Honey. Powered by Blogger.

STEW AYAM yang menambat selera dan menepati citarasa semua...


Salam my kesayangan... 

Bersua lagi dengan resepi seterusnya untuk tahun 2021 aka resepi PKP 2.0 jugak la...heeee

dah buntu nak masak ape...dah google pon masih tak jumpa menu idaman hati...meh sini jom cuba Stew Ayam yang sedap lagi melazatkan ni...

yang biasa kita jumpa adalah stew dagingkan...disebabkan QH tak makan daging...QH gantikan dengan isi ayam...kebiasaannya stew ni di makan bersama roti...tak kira roti putih atau roti perancis...tapi QH makan dengan nasi putih panas2 dan di makan begitu sahaja...

nak masak stew ayam ni bukan la susah...tumis2 dan campak2 je dah siap...bahan2 pon mudah je dan tak rumit tau...lagi satu stew ayam ni sedap di makan ketika masih panas...baru la sedap di makan begitu sahaja...



pada yang masih belum dan pernah mencuba stew ayam ni...boleh la cuba ye lepas ni...pasti berpuashati dan jatuh cinta la...

untuk video penuh resepi ni QH telah sediakan dia youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=iauv-eiTyIw yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biasa jangan lupa dan tolong subscribe, like dan share yea youtube channel Qasey Honey tu...

di sana ada banyak lagi video masakan yang menarik dan patut di cuba...terima kasih semua...jom cuba resepi ni!!


STEW AYAM
youtube Qasey Honey

Bahan A
500 gm ayam (Dipotong kecil)
5 biji bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 inci halia (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
1 biji tomato (Dibelah 4)
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 sudu makan minyak

Bahan B (Dibancuh)
1/2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
1/4 sudu kecil 
Garam secukup rasa


Caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
3. Masukkan lobak merah dan tomato. Kacau sehingga layu.
4. Masukkan bahan B dan kacau rata. Biarkan mendidih.


stew ayam sedap
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments