Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI GULA MENTEGA / SUGAR BUTTER BREAD LEMBUT, GEBU, RESEPI MUDAH DAN SEDAP

 


Salam my kesayangan...

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk kita semua bersua di tahun baru 2021...selamat tinggal dan berakhirnya 2020 yang telah mencipta sejarahnya...selamat tinggal kepada semua kenangan yang lepas...ada manisnya ada pahitnya...

kenangan yang sukar dilupakan adalah pandemik Covid 19 yang telah melanda di seluruh dunia...banyak hikmah dan pengajaran yang dapat kita pelajari dari pandemik tersebut...antaranya keutamaan dalam kehidupan, ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan serta pekerjaan, jangan abaikan kesihatan, belajar untuk hidup sendiri, sekolah ditutup, WFH atau bekerja dari rumah menjadi pilihan, jalan raya menjadi lenggang, tiada solat Jumaat serta masjid ditutup dan pelbagai lagi...kalau nak disenaraikan semua, ada banyak lagi....

apa yang perlu kita semua lakukan adalah mengamalkan norma baharu iaitu perlu sentiasa menjaga kebersihan, perlu memakai facemask dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan...semoga segala musibah yang telah melanda dunia ini akan segera berakhir...

selamat datang 2021...semoga akan menghadirkan sinar yang lebih baik untuk kita semua


baik la kepada peminat roti, korang sekarang dah tak perlu susah hati lagi apabila tak jumpa tepung roti...maklum la di musim PKP yang lepas, banyak bekalan makanan sangat terhad...ada yang bertanya pada QH jika tiada tepung roti boleh ke digantikan dengan tepung gandum...jawapannya ini la hasilnya...

masa PKP tu banyak masa ada dirumahkan, jadi macam2 la nak dicubakan...termasuk la QH...nak ke bakery selalu pon malas sebab perlu beratur panjang...jadi gunakan la ape yang ada di rumah je...walaupon menggunakan tepung gandum hasilnya roti tetap lembut dan gebu...roti gula mentega ni pula antara peberet QH tau...resepi roti ni paling QH suka sebabnya sangat senang untuk proofing...sekejap je dah naik dengan jayanya...senang cakap tak banyak karenah...heeee...uli2 terus jadi 


ingin cuba...jom tonton video yang telah QH sediakan di youtube channel Qasey Honey...untuk resepi ni QH menggunakan bread maker...jika nak uli menggunakan tangan atau mixer boleh ye...jika menggunakan mixer caranya sama macam BM...jika menggunakan tangan, campur semua bahan kecuali mentega...bila doh dah sebati baru masukkan mentega...masa mengulinya ambil masa sedikit sehingga doh elastik dan kelihatan window pane...


klik link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=4qVxmeAkJs4 untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tau...terima kasih


ROTI GULA MENTEGA / SUGAR BUTTER BREAD
youtube Qasey Honey

bahan2
260 gm tepung gandum / tepung roti
1/2 sk / 3gm serbuk yis
160 - 180 gm full cream milk
2 biji kuning telur gred A
30 gm to 40 gm sugar
1/4 sk / 2 gm garam
40 gm butter

bahan b
1 biji kuning telur
2 sb susu segar

bahan c
butter / marjerin secukupnya
gula pasir secukupnya


caranya
satukan semua bahan di dalam bread maker (mulakan dengan cecair diikuti dengan bahan kering)
pilih butang dough dan biarkan ianya menguli hingga BM berhenti
buka penutup BM, ambil sehelai kain bersih dan tutup bekas dengan kemas sehingga doh naik 2 kali ganda (jangan lupa tutup BM supaya doh proof dengan cepat)
selepas doh sudah naik 2 kali ganda, keluarkan dari bekas dan bentukkan doh
bahagikan doh sama berat (timbang dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang diingini)
sapu acuan dengan sedikit butter dan susun doh ke dalamnya
tutup lagi bekas dengan kain bersih. biarkan naik lagi sekali ganda
panaskan oven pada suhu 180C api atas bawah
gunting doh dan glisskan bahan B di permukaan doh 
paipkan butter dan taburkan gula secukupnya
masuk ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit atau masak 
keluarkan dari oven dan biarkan sekejap (sedap dimakan ketika masih panas)



roti gula mentega / sugar butter bread
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments