Salam my kesayangan...
bersua kembali...
dah fikir ke nak masak ape hari ni...
sesambil WFH n anak2 PDPR ni...kena lari2 ke dapo jugak kan untuk siapkan sarapan n makan tengah hari...memasak pon takde la yang beriya sangat kan...setakat yang simple2 n cepat siap jek sudah...heeee...
nak lagi senang order je la dengan grab food atau food panda...tapi tu la bile order ni rasa macam tak puas pulak...tak sama macam masak sendiri...tak boleh nak ulang makan...kena order lebih kalau nak buat macam tu...heee...larat ke hari2 nak order...sesekali ok la...QH pon begitu gak...ada hari malas tu...order je la...tetapi nak lebih jimat n puashati kena la masak sendiri...
untuk resepi kali ni...menu ulang tayang jer...menu harian yang tak jemu2...dah itu yang kita suka makan kan...kebetulan ada beli ketam...rasa tak sah kalau tak masak lemak cili api...lagipon paling senang untuk di masak...campak2 je dah siap...kalau masak lauk gini memang laku keras n makan pon mesti bertambah...
kali ni QH masak bagi pedas sikit...baru la aummmm...sampai berdengung rasanya...digandingkan pula dengan telur dadar n ikan goreng...sayur sikit cukup dah...
resepi ni QH telah siapkan video langkah demi langkah di youtube klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=kyDpsEzx_m0&t=19s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu ekkk...terima kasih semua...in shaa Allah jumpa lagi di siaran yang lain...
KETAM MASAK LEMAK CILI API MELETOP BERDENGUNG
youtube Qasey Honey
Bahan2
5 ekor ketam
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2-3 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
2 sb kerisik (optional)
8-10 biji tomato ceri
gula dan garam secukup rasa
minyak masak secukupnya
bahan kisar
5 biji bawang kecik
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
30-40 biji cili padi (boleh tambah lagi jika suka pedas)
caranya
panaskan periuk dan minyak masak secukupnya
tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing
masukkan serai dan tumis lagi hingga naik bau
masukkan air dan kacau rata
kemudian masukkan ketam. kacau sekali sekali hingga kuah mendidih
masukkan pula gula dan garam secukup rasa
masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan kacau rata
masukkan santan dan kacau perlahan
masukkan kerisik jika suka. kacau rata
akhir sekali masukkan tomato.perasakan rasanya dan matikan api
ketam masak lemak cili api pedas jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment