Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK PISANG COKLAT KLUSTER KAYANGAN viral yang memukau!!

 

Salam my kesayangan...

bersua lagi dengan resepi seterusnya untuk tahun 2021 dan telah merangkap resepi sempena PKP 2.0!!!

resepi ni viral semasa PKP yang lepas...dah hujung2 PKP tu baru la QH cuba...susah nak jumpa pisang masa tu...selalu habis...kena pegi market pagi baru dapat...biasa tu balik dari keje baru nak cari memang takkan ada la...pada PKP yang lepaskan ramai yang terpanic kan...termasuk la QH heeee...jadi barang2 dan keperluan sangat terhad masa tu...untuk PKP kali ni...Alhamdulillah barang sentiasa ada je...QH pon tinggal topup sikit2 je keperluan memandang barang2 hasil dari PKP yang lepas tu ada lagi...heeee


kek pisang coklat kluster kayangan ni mendapatkan nama kerana menggunakan bahan2 premium...dengan taburan coklat dan walnut di atasnya tu yang mewah memang kena sangat la dengan namanya tu...tetapi berbaloilah dengan hasilnya tu nanti...sangat sedap dan makin lama makin moist tau...QH sangat suka kek ni...bahan2 tu nanti ikut bajet memasing la yea...QH kebetulan bahan2 yang ada memang premium...kadang ambil tempahankan...jadi memang menggunakan bahan2 yang premium sahaja...

rasa kek ni juga elok manisnya...QH pula menggunakan dark chocolate memang sangat belen la...pada yang suka dark chocolate boleh la gantikan coklat biasa tu ke dark chocolate...kek ni pula sangat senang la nak buatnya...tak perlu mixer bagai tau...pukul dengan menggunakan whisk je dah cukup...yang lagi penting perlu ada adalah kerajinan...cukup heeee


pada yang masih lagi belum dan ingin mencuba...QH telah sediakan video penuh langkah demi langkah cara membuat kek ni di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=39d7RX2-8g8&t=42s yang tertera tu untuk teruskan menonton...sangat mudahkan...sebelum tu dialu2kan dan jangan la lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu...QH sangat hargai dan memerlukan sokongan semua untuk berkarya di sana...lagi ramai subscriber dan yang menonton...lagi bertambah semangat untuk QH menghasilkan video yang lain...terima kasih semua...


KEK PISANG COKLAT KLUSTER KEKAYANGAN SANGAT
youtube Qasey Honey

Bahan2

4 biji pisang
120 gm gula perang
115 gm mentega (dicairkan)
120 gm buttermilk (1/2 cawan susu segar + 1/2 sudu besar cuka - biarkan 30 minit)
1 sudu kecil esen vanilla (QH guna vanilla extract)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sudu kecil baking powder
25 gm serbuk koko
160 gm tepung gandum
50 gm kacang walnut (bakarkan dahulu)
80 gm coklat Belgian Callebout (QH guna dark chocolate)

hiasan
Sedikit coklat Belgian Callebout dan kacang walnut


caranya
jika buttermilk buat sendiri - sediakan dahulu
campurkan susu segar dan cuka. kacau rata dan biarkan selama 30 minit atau lebih.
ayakkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko berasingan.

panaskan pan dan cairkan mentega. ketepikan.
lenyekkan pisang hingga hancur dan halus. ketepikan.
masukkan gula perang dan kacau sebati menggunakan whisk.
masukkan mentega yang dicairkan tadi dan kacau rata.
masukkan pula buttermilk dan esen vanilla. kacau rata.
masukkan garam, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan tepung gandum. gaul sebati hingga rata.
masukkan kacang walnut yang telah di bakar dan coklat belgian. gaul lagi hingga rata. ketepikan sebentar.
panaskan oven pada suhu 180C.
gliss loyang atau bekas pilihan dengan mentega/marjerin.
masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang atau acuan pilihan. (code 6301)
akhir sekali taburkan kacang walnut dan coklat belgian secukupnya. (lagi banyak lagi sedap)
bakar kek selama 20-25 minit atau sehingga kek masak pada suhu 180C. (api atas bawah)
apabila kek telah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. siap.

kek pisang coklat kluster kayangan
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

3 comments

mama tisya said...

memang kayangan tgk tu..sedap nya

norhidana said...

comel je kek pisang kayangan akak tu

Dila_D said...

Terima kasih atas perkongsian resepi tersebut. Pisang apa yang lebih sesuai utk kek pisang choc ini ya? Pisang emasatau pisang berangan . Kuantili dlm gram berapa ya utk 4 biji pisang tersebut?