INDAHNYA BUMI LANGKAWI
Salam my kesayangan...
Bilakah semuanya akan berakhir...
tak sabar rasanya untuk merehatkan diri dengan ketenangan dan menikmati keindahan alam semulajadi
semenjak pandemik covid-19 melanda dunia dan Malaysia, lama tak luangkan masa untuk bercuti
apabila Kerajaan membenarkan untuk rentas daerah dan negeri, peluang yang ada tu QH gunakan untuk balik ke kampung je
nilah peluang untuk berjumpa dengan mak abah selagi mereka masih ada kan...
lagi pon keadaan sekarang tidak mengizinkan untuk kita berseronok lagi...
tetapi jiwa ni sentiasa la memberontak untuk bercuti
nak menikmati ketenangan dari kesibukan kota
ingin menikmati keindahan alam semulajadi...

tempat dan pilihan pertama yang ingin QH kunjungi selepas pandemik covid-19 ni reda adalah Langkawi!!
lama sangat tak ke sana...last QH ke sana tahun 2019 semasa LIMA'19
tupon datang sekejap je...tak sempat nak shopping apa dan berjalan sangat di sana
apatah lagi menikmati makanan yang enak di sana
kali ni kalau datang lagi sudah tentu QH nak mencari hotel yang selesa dan sesuai la dengan bajet kan
lepas tu nak shopping, berjalan, amik gambar banyak-banyak dan makan puas-puas di sana…heeee

semua tahukan Langkawi ni merupakan pulau yang paling popular di Malaysia…semua ada di sana…kalau mahu ke sana 4 hari 3 malam baru puas sikit berjalan…banyak tempat-tempat baru yang menarik dan patut dikunjungi…hotel pula tumbuh bagaikan cendawan…banyak perubahan sewaktu pertama kali QH ke sana hampir 10 tahun yang lepas kalau tak silap…
terutamanya dekat pantai cenang sekarang…banyak hotel-hotel baru yang dibangunkan…ibarat cendawan yang muncul selepas hujan…mungkin kerana cenang ni memang penuh dengan pelancong dan hotel-hotel yang sedia ada sebelum ni sentiasa penuh dan tidak dapat memenuhi kapasiti pelancong yang datang…tapi bagi QH dah jadi crowded pantai cenang ni…tengok gambar kawan hantar baru-baru ni sebelum PKP 2.0…sesak jadinya dengan orang…
di Langkawi terdapat banyak pilihan hotel yang menarik dan bersesuaian dengan bajet kita
sampai terkadang tak tahu nak pilih yang mana satu…kebanyakkan hotel di sana menyediakan kemudahan yang kita mahu…harga pula lebih kurang sama je dan kedudukan hotel pulak menarik dan berdekatan dengan pantai…view pon memang cantik la kan…yang membezakan kedudukan hotel…kalau nak malam-malam happening dan ramai orang, boleh pilih pantai cenang… kalau nak yang jauh dari orang, boleh pilih pantai tengah…kalau nak dekat dengan kemudahan-kemudahan dan kedai-kedai boleh pilih di kawasan pekan Kuah…
QH lebih suka memilih hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang bakal nak kunjungi nanti…kat Langkawi ni banyak tempat yang menarik tau…antaranya Cabel Car, Underwater World, Muzium 3D, Laman Padi sesuai sangat pada yang suka OOTD gitu, Dataran Lang ni wajib bergambar…simbol Langkawi tu, Kota Mahsuri & Makam Mahsuri ni wajib kena datang tau, Langkawi Sky Bridge, Buffalo Park, Galeria Perdana
Oriental Village Langkawi dan macam-macam lagi la…ni antara yang QH ingat dan suka singgah la…
Yang paling heaven bila ke Kompleks HIG dan Idaman Suri…tak singgah ke sini macam tak sah pulak bila bercuti ke sana…sesiapa yang singgah ke sini kompom akan tak jumpa jalan keluar selagi duit tu tak habis di situ… dengan shopping coklatnya la…shopping pinggan mangkuk la…shopping periuk belanga bagai…heee
Pernah QH dengan ipar sampai bergilir-gilir tunggu di airport…masa tu sewa kereta je…tak terbayangkan lagi balik nanti macam mana keadaan tu…dengan barang-barang lagi…beg-beg baju lagi…mana nak muat naik kereta berempat masa tu…kat airport tu pon sempat lagi shopping tu sebelum check in…
Sekarang ni semua dah mudah…nak cari hotel boleh je booking awal dengan Traveloka…di sini banyak sangat pilihan hotel yang menarik…boleh la pilih ikut bajet memasing…rasa nak mewah sikit cuba la hotel 4 - 5 bintang ker…kalau nak lebih kan untuk bershopping dan berjalan ambil la hotel in Langkawi yang bajet biasa-biasa je…bila dah ke sana jangan lupa sewa MPV atau van yea…kompom berbaloi…in shaa Allah QH akan buat begitu jugak nanti…baru la puas heee…semoga murah rezeki untuk ke Langkawi lagi!!
Post a Comment