Salam my kesayangan...
Bersua kembali...apalagi dengan resepi yang seterusnya untuk tahun 2021 aka resepi PKP 2.0 lerr...heee
sebenarnyakan, QH masih kekal mengupdate resepi2 dari tahun lepas lagi...rasanya masih banyak lagi yang tinggal tu...kalau nak tengok yang terkini boleh follow QH di IG atau subscribe youtube channel Qasey Honey...di sana semestinya yang terkini...
agak lama QH tak buat apam mekar ni...apam mekar ni QH buat bersempena hari Malaysia pada tahun lepas...tu sebabnya memilih tema warna tu...resepi ni juga QH ambil dari resepi2 sebelum ni yang pernah dikongsikan di blog...
nak nampak apam mekar ni lagi cantik...letak adunan hingga penuh cup tu dan semasa mengukus tu gunakan api yang kuat...yang ni kureng sikit la...lama tak buat jadi ingat2 lupa sikit skill tu...heee...
untuk mencuba resepi apam mekar ni boleh rujuk video langkah demi langkah yang telah QH sediakan di youtube channel Qasey Honey...di sana juga QH ada berkongsikan sedikit tips untuk membuat apam mekar ni lagi bertambah mekar dan pasti jadi...
klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=gGbKjR1Hdyc yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biasa sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih
APAM MEKAR SPRITE 2.0
youtube Qasey Honey
bahan2
250 gm gula pasir /160 gm gula sweetlab
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila/perisa tutti fruity
1 sudu kecil ovalette
200 ml air sprite
300 gm tepung gandum
pewarna makanan biru, merah, kuning

Caranya
1. Panaskan kukusan. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air jatuh ke atas bahan kukusan.
2. Pukul telur bersama gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan air sprite berselang seli sambil dipukul sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
6. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam piping beg yang berasingan. Sediakan cawan kertas secukupnya.
7. Paipkan adunan tadi ke dalam cawan kertas. Kukus selama 15 - 20 minit.

apam mekar sprite jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment