Salam my kesayangan...
Bersua lagi...
kali ni QH sediakan resepi ringkas dan mudah...yang tak pandai memasak pon boleh jadi pro tau...resepi kedai ni sekarang dah boleh masak sendiri di rumah...lagi2 dengan keadaan sekarang yang perlu mematuhi SOP dan tidak mengalakkan kita berada di luar rumah jika tiada urusan...
ayam masak paprik ni sangat popular dan paling ramai yang order ketika makan di kedai...1 lauk ni pon dah cukup jika dimakan dengan nasi putih...semua sudah ada di dalamnya...ada sayur juga protein tetapi jika nak rasa suasana kedai boleh tambahkan telur dadar tau...heeee...pasti bertambah la apabila makan nanti...
Caranya
tumis bawang putih hingga naik bau.
masukkan cili kisar dan tumis terbit minyak.
tumis bawang putih hingga naik bau.
masukkan cili kisar dan tumis terbit minyak.
masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
masukkan pula ayam dan kacau rata sekali sekala hingga ayam layu.
kemudian masukkan limau purut dan cili padi. Kacau lagi hingga rata.
masukkan lobak merah dan kacau sekali sekala hingga lembut.
masukkan pula kacang panjang/kacang buncit, putik jagung dan bunga kobis. kacau hingga rata.
masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
akhir sekali masukkan lada merah dan bawang besar. kacau sebentar dan matikan api.
ayam masak paprik sedap ala kedai
https://www.youtube.com/watch?v=5iyWsyny_Bs&t=8s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#kitamestimenang
Post a Comment