Qasey Honey. Powered by Blogger.

PULUT MANGGA vs PULUT NANGKA ala thai...PASTI SEDAP LEMAK BERSANTAN


Salam my kesayangan...

"Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu"

Selamat Hari Pekerja buat semua...tak kira siapa, baik yang bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan suri rumah...musim PKP ni suri rumah la yang paling penat sekali...entah berkali agaknya sehari masuk ke dapur...ucapan ni juga istimewa buat 'frontliner' kita yang sentiasa komited dan bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai barisan hadapan untuk menangani virus Covid-19 dan juga bersama2 menghalang daripada virus ini terus merebak dengan lebih berleluasa lagi...walaupon dicaci, dihina, dimarah, dilontarkan kata2 kesat, berhujan dan berpanas tetap menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang...QH sendiri pon rasa sangat terharu dan menghargai jasa2 mereka ni...sanggup berpisah dan meninggalkan sebentar keluarga tercinta demi tugas yang diamanahkan...tanpa mereka2 ni semua tentu negara kita tidak berjaya menangani virus ini dengan tenang...

terima kasih juga kepada insan2 lain yang berkemampuan sudi menyumbangkan tenaga dan sedekah bagi meringankan beban buat golongan yang memerlukan...hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas semua jasa wira dan wirawati kita ni... 


baik la untuk sumbangan idea berbuka hari ni...apa kata kita buat pulut mangga atau juga pulut nangka sebagai pemanis berbuka nanti...nampak tak kemain tamak lagi...ada mangga dan nangka...konsepnya senang...alang2 dah terbuat tu kan...buat aja sekali harung ape yang kita nak tu...mujur takde durian...kalau tidak masuk group sekali dah tu...heeee

buat pulut mangga atau nangka ni senang sangat la buat adik2 kat luar sana tu...pulut tu kukus la sikit, kemudian masakkan pula santan dah siap...bijan tu pilihan...kalau nak letak, sangaikan sedikit atas kuali...tak letak pon takpe...tetap boleh dimakan dan sedap...

cara QH masak pulut ni masih lagi old school orang kampung QH cakap...stail lama macam mak2 buat...kalau ada yang nak buat cara lebih mudah...masak di dalam periuk nasi tu terpulang la ehhh...ikut citarasa dan selera memasing...pulut mangga atau nangka ni QH suka kalau kuah santan tu sedikit masin2 manja camtu...kena la bila di makan dengan pulut dan mangga atau nangka yang manis tu...sangat belen la rasanya orang kampung cakap...heee 

untuk resepi ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=p8b7dIT_psE yang tertera untuk teruskan menonton...tetapi sebelum tu sedikit pesanan, jangan lupa subscribe, like dan share youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


PULUT MANGGA vs PULUT NANGKA SEDAP BERLEMAK
youtube Qasey Honey

bahan pulut
1 cawan pulut
1 keping asam keping - untuk rendam dengan pulut
1/2 cawan santan
daun pandan secukupnya

bahan kuah santan
1/2 cawan santan
1/2 air
1 helai daun pandan
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa (masin sikit lagi sedap)
sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

bahan sampingan
mangga
nangka
bijan yang disangai


caranya
rendam beras pulut selama 2 jam atau semalaman (QH rendam 2 jam) bersama dengan asam keping (dari mak QH, tujuannya supaya pulut tu nanti akan nampak berkilat bila dah masak)
cuci beras pulut dengan bersih dan toskan airnya
didihkan air di pengukus
sediakan pengukus dan alaskan beberapa helai daun pandan
kemudian masukkan beras pulut tadi dan kukuskan hingga setengah masak (lebih kurang 15-20 minit)
keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan ke dalam mangkuk (daun pandan jangan buang, biarkan di dalam pengukus)
gaulkan pulut tadi dengan santan pekat hingga rata (tak perlu letak garam)
masukkan semula pulut tadi di dalam pengukus dan kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit)

sementara tunggu pulut masak boleh sediakan kuah santan
sediakan kuali/pan, satukan kesemua bahan kuah santan di atas
kacau rata dan masakkan santan hingga sedikit pekat
matikan api
sangaikan sedikit bijan tanpa minyak

apabila semua telah siapkan hidangkan pulut bersama santan dan sedikit bijan
kemudian letak la buah mangga, nangka atau durian. siap
sedap dimakan ketika sejuk atau panas 



pulut mangga vs pulut nangka
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe

1 comment

ZULHILMI TEMPOYAK said...

perghhh.. meleleh lak bg2 ni tgok gmbq.. fuhh..