Salam my kesayangan...
salam Ramadan ke 16...rasa sekejap je kan Ramadan kali ni...
Nasi Goreng ni sebenarnya masa PKP fasa pertama lagi QH dah buat...cuma yang nak di update tu banyak lagi menu2 sebelum PKP jadi terpaksa kejap update resepi yang kekinian...kejap update resepi yang dah terperuk lama di dalam folder...kalau dulu lepas masak terus boleh ambil gambar, pastu pilih gambar mana yang nak di edit dah boleh terus update ke blog...sekarang ni berbeza sedikit la...setiap kali masak buat video...jadi kena edit video tu dulu yang belom tentu 4 hari boleh siap...heee...kalau buat betul2 sehari dua dah boleh siap sebenarnya...cuma setiap kali nak edit je separuh jalan mata dah pandai mengantuk nak menghadap video tu lama2...jadi memakan masa lagi nak siapkan sesuatu video...sebab tu QH jarang mengupdate socmed...heee
musim PKP hari tu QH agak berjimat cermat jugak la...bukan sebab masalah kewangan...sebabnya malas nak kerap keluar rumah selalu...QH ni kalau bab belanja memang cerewet sikit...susah la percaya jika orang lain yang membeli...heeee...puashati bila pergi sendiri...semasa musim PKP tu, setiap kali balik kerja tu la baru QH menyinggah mana2 kedai dan beli...jadi setiap kali balik kerja QH memang rajin la 'topup' bahan2 basah dan jadi yang amat rajin
mengerjakan haiwan2 tu semua...sentiasa penuh la peti sejuk tu dengan bekas2 simpanan makanan...
jadi setiap kali memasak tu...gunakan la sebaiknya bahan2 yang ada...tu yang terjadinya nasi goreng sempoi...bahan2 yang digunakan untuk nasi goreng ni tinggalan saki baki sebelum 'topup' yang baru...
nasi goreng ni ada juga la QH sediakan videonya di youtube channel QH...boleh la dijadikan sebagai rujukan pada adik2 yang baru nak belajar memasak dan perkongsian idea jika dah buntu untuk menyediakan menu...boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=wOiIL8VwOFI yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel Qasey Honey tu yea...terima kasih dan selamat mencuba...
NASI GORENG SEMPOI / SIMPLE SEDAP
youtube Qasey Honey
bahan kisar kasar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
bahan lain
2 sudu besar cili kisar
10 biji bebola udang - belah 4
2 biji telur
2 - 3 cawan nasi sejuk
4-5 batang kacang botol
sedikit sayur sawi
garam dan gula secukup rasa
caranya
panaskan minyak masak secukupnya
kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing
masukkan pula cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak dan garing
masukkan bebola udang dan kacau lagi hingga rata
ketepikan bahan tumis dan masukkan telur. biarkan sekejap dan baru la di kacau. biarkan masak sekejap
kemudian masukkan nasi sejuk. kacau rata
tambahkan kacang botol dan sawi. kacau lagi hingga rata
akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. kacau rata
perasakan rasanya jika telah sempurna, matikan api
sedap dimakan bersama dengan keropok ikan dan timun
nasi goreng sempoi / simple
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#staysafe
#kitajagakita
Post a Comment