Qasey Honey. Powered by Blogger.

CUCUR PISANG / JEMPUT JEMPUT PISANG RANGUP DI LUAR, LEMBUT DI DALAM YANG PASTI SEDAP...bukan sekadar rupa (tanpa serbuk penaik)


Salam my kesayangan...

Hari ni sudah hari ke 14 semua umat Islam menjalani ibadah puasa...
ada juga yang telah mula bekerja semula setelah tempoh PKP ditamatkan dan digantikan dengan PKPB...sudah tentu suasana kerja agak berbeza seperti sebelum ni...QH sendiri pon telah mula berkerja dengan Norma Baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Jabatan...walaupon masih agak risau dengan keadaan sekarang dan kekok tetapi tanggungjawab sebagai pekerja tetap juga dilaksanakan...

seperti kata2 PM kita sebelum ni #kitajagakita...dengan keadaan sekarang ni apa yang penting, diri sendiri la yang perlu memainkan peranan...diri sendiri juga la yang perlu mengawal untuk tidak berasak2 dengan orang ramai ketika di luar, elakkan tempat2 yang menjadi tumpuan orang ramai, elakkan diri dari 'sale' heee...elakkan diri kerap berada di luar jika tiada urusan...sentiasa menjaga kebersihan diri, kerap cuci tangan, sentiasa menggunakan hand sanitizer dan memakai 'facemask' ketika berada di luar...jaga jarak pergerakan...patuhi SOP yang telah ditetapkan...jika diri sendiri tak dapat nak buat seperti di atas...jangan salahkan orang lain jika berlaku apa2 dan jangan marah orang lain jika mereka tidak mengikut peraturan yang ditetapkan...


walaupon masih risau dengan keadaan sekarang...kehidupan tetap kena diteruskan...
untuk idea berbuka hari ni...pada yang bekerja, tak tahu nak sediakan apa untuk berbuka nanti...yang tidak mempunyai banyak masa, balik kerja dah lambat...boleh sediakan cucur pisang atau jemput-jemput pisang (orang Johor cakap) ...jemput pisang ni amat senang untuk disediakan...tak payah tengok resepi sangat pon takpe...sebenarnya nak buat cucur atau jemput-jemput ni, biasa sukatan yang digunakan main agak2 je kan...tetapi apabila dah menulis di sisi QH sukatkan juga la bahan2 tersebut sebelum ada yang bertanya berapa sukatan yang perlu...

bila buat jemput-jemput pisang ni QH lebih suka jika tidak meletak baking powder dan lebih suka isi pisang tu banyak...memang tak benti makan la...lagi diadakan sekali dengan sambal kicap...perghhh...orang Johor ni takkan tinggal sambal kicap dia tu...nak mencicah je...heee...yang ni versi terlegam sikit la QH buat...tapi rasanya sangat padu dan korang akan sentiasa teringat2 la...rangup di luar, lembut di dalam...walaupon rupanya tidak semengah tetapi rasanya sedap tidak terkata...heee  

untuk melihat langkah demi langkah cara menyediakan jemput-jemput pisang ni...QH telah sediakan video di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=fGYXDfW4Gvc yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey yea...terima kasih dan selamat mencuba


CUCUR PISANG / JEMPUT JEMPUT PISANG SEDAP
youtube Qasey Honey

bahan2
1 sisir pisang berangan
2 sudu besar marjerin
1 cawan gula perang
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 cawan tepung gandum atau secukupnya


caranya
Buang kulit pisang dan potongkan ke beberapa bahagian kecil. Kemudian lenyekkan pisang tadi. Ketepikan.
Masukkan marjerin, garam, gula perang dan tepung gandum. Gaul semuanya hingga rata. (jika adunan masih lembikkan tambahkan lagi sedikit tepung hingga adunan sedikit pekat)
Panaskan minyak masak, kemudian sudukan adunan satu persatu mengikut saiz yang sesuai ke dalam kuali.
goreng hingga masak atau warna bertukar kehitaman.
angkat dan toskan minyaknya
sedap dimakan ketika panas bersama sambal kicap.


cucur pisang / jemput jemput pisang
https://www.youtube.com/watch?v=fGYXDfW4Gvc
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita

No comments