Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM UNGKEP MASAKAN JAWA YANG SEDAP DAN MUDAH..MENAMBAT SELERA


Salam my kesayangan...

Wah lama pulak kali ni tuan badan menyepikan diri...
bukan ape memberi ruang mana yang perlu di dahulukan...
ok untuk resepi kali QH telah siapkan semasa bulan puasa yang lepas...haaa lamakan QH memerapkan resepi ni di draft..
bulan puasa kan, biasa la teringin itu teringin ini
pada masa itu juga masih di dalam tempoh #pkp #mco dan tidak berpeluang untuk balik ke kampung pada raya yang lepas, jadi QH masak sendiri je la Ayam Ungkep ni
ayam ungkep ni antara lauk peberet QH juga la...walaupon bukan keturunan jawa tau...heee...baunya yang wangi tu dan seakan2 rendang tu...mahunya tidak teringat2
sebab biasanya setiap kali raya, akan ke rumah atok sedara dan akan membuat permintaan untuk dia masakkan lauk ni...bila otai yang masak...sedapnya memang tidak terkata la kan...makan pula boleh jadi bertambah tau...


yang QH masak ni pon sedap juga tau...mau tak bertambah makan...heeee
cuma caranya agak mudah dan jimat masa kerana QH masak menggunakan "Pressure Cooker" dari SHEFU...tak sampai 1 jam lauk telah siap di masak...ayam pula cantik je...tak hancur...yang paling penting langsung tak melekat walau tidak dikacau semasa periuk di tutup...periuk pon senang untuk di cuci...terima kasih SHEFU kerana telah menghantar periuk ajaib ni kepada QH...rezeki semasa tempoh PKP hari tu...

untuk melihat cara QH memasak Ayam Ungkep ni boleh la tonton videonya yang telah disediakan di youtube...klik pautan link yang tertera ni https://www.youtube.com/watch?v=xnxKpCjjHOY&t=2s...sebelum tu suka la QH ingatkan kepada semua untuk subscribe, like dan share yea channel youtube Qasey Honey tu...kerana di sana ada banyak lagi resepi2 yang menarik dan pasti jadi menanti...terima kasihhhh...


AYAM MASAK UNGKEP
youtube Qasey Honey

bahan2
1 ekor ayam - potong 12
4 batang serai
3 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil asam jawa
garam n gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

bahan kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci kunyit hidup
2 inci halia
25 biji cili padi (nak lg pedas tambah lagi)
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih



caranya
Satukan bahan2 kisar dan kisar halus. Ketepikan.
Panaskan periuk dan minyak masak secukupnya.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan serai, daun limau purut dan air asam jawa. Kacau rata.
Masukkan pula ayam, air, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi.
Tutup periuk lebih kurang 20 minit. Biarkan. (jika menggunakan periuk biasa, kacau perlahan sekali sekala)
Buka penutup periuk, kacau perlahan.
teruskan memasak hingga kuah sedikit kering.
perasakan rasanya jika sempurna matikan api
hidangkan bersama dengan nasi putih.


ayam ungkep / ungkep ayam
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments