Salam my kesayangan...
pilihan kedua biskut raya bagi tahun ni...Almond London Cookies sentiasa di hati dari dulu hingga kini...
sebenarnya lama sangat QH tak buat biskut ni...mungkin sebab sedikit renyah...lagipon apabila pergi beraya ke rumah lain...masih ada lagi yang menghidangkan biskut Almond London ni walaupon usia biskut ni hampir berpuluh tahun...tak silap biskut ni amat popular sekitar tahun 1996...ingat lagi masa tu QH masih bersekolah dan mak QH tak mampu untuk membeli biskut ni...adik beradik ramai, rasanya kalau mak QH beli masa tu mahu habis makan anak beranak je la...sebab biskut ni sangat sedap dan agak mewah siapa yang hidangkan biskut ni suatu masa dulu...
pada tahun berikutnya mak QH ada beli majalah Nona Edisi Raya...di dalam majalah tersebut ada resepi biskut ni...jadi mak QH belikan barang dan QH buat la biskut ni ikut resepi yang ada...Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap...banyak juga la buatnya masa tu...masa tu ingat lagi mak QH beli coklat masakan jenama Tulip...puas la kami anak beranak makan...selepas berbelas tahun QH cari semula resepi tu tak jumpa2 lagi sehingga sekarang...kalau ditakdirkan QH jumpa resepi dari majalah tu semula...QH akan kongsikan di sini untuk diabadikan sebagai kenangan semasa anak dara dulu...heeee
ok untuk edisi kali ni...QH cari resepi yang mudah untuk membuat biskut almond london ni...ada resepi yang menggunakan 2-3 jenis tepung...dengan keadaan sekarang ni baik ambil yang mudah sahaja...tak perlu la berasak-asak kat bakery nanti...
untuk buat biskut ni juga QH tak menggunakan mixer...pukul guna tangan sahaja...sebenarnya lagi bagus buat biskut guna tangan berbanding mixer tetapi kalau banyak terpaksa juga guna...bila buat biskut menggunakan tangan ni...biskut lagi cantik dan tidak terlalu mengembang...kecuali kalau beriya la memukulnya...cukup sekadar rata sudah...
untuk coklat masakan juga penting...ada beberapa brand yang coklatnya lambat untuk mengeras...mengikut pengalaman sendiri, brand coklat yang mudah mengeras dan tak sememeh seperti Beryl's, Tulip, Le Bourne dan jenama ABCD heee...yang ni terpulang la pada bajet dan selera...ada yang suka guna coklat yang mahal sedikit kan...yang ni QH guna coklat Callebaut...stock yang lama ada lagi jadi habiskan yang tu je...
untuk resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=umitnnS5YoI yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau channel Qasey Honey tu...di sana ada banyak lagi video2 yang menarik dan mudah untuk diikuti...terima kasih dan selamat mencuba...
ALMOND LONDON (100++ pcs)
youtube Qasey Honey
sumber Masam Manis
Bahan A (ayak)
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
bahan B
250 gm pure butter - lembutkan
140 gm gula icing - ayak
1 sudu kecil vanilla
2 biji kuning telur gred A
2 biji kuning telur gred A
50 gm serbuk almond - QH tambah
200 - 250 gm biji badam - bakar hingga masak
hiasan
coklat masakan - lebih kurang 1 kg
almond nibs - bakarkan sekejap
paper cup secukupnya
caranya
panaskan oven suhu 170C dan bakar badam hingga masak. keluarkan dan sejukkan. simpan di dalam bekas bertutup.
ayakkan tepung gandum, emplex dan gula icing berasingan.
di dalam mangkuk sederhana besar dan kering, satukan butter, gula icing dan vanilla. pukul dengan senduk kayu hingga butter lembut dan sebati. (jangan pukul hingga kembang, cukup sebati)
masukkan kuning telur. pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
masukkan pula emplex, serbuk badam dan tepung gandum. uli adunan dengan menggunakan tangan hingga menjadi doh yang lembut. (uli menggunakan tangan lebih cepat dan rata)
sapu dulang pembakar dengan butter atau alaskan dengan baking paper.
bulatkan doh kecil2 (lebih kurang 1/2 sudu besar atau kecilkan lagi sedikit)
tekan tengahnya dan isikan badam yang telah dibakar.
bulatkan dengan kemas dan bentukkan membujur (nak buat bulat pon boleh) buat sehingga selesai
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak dengan suhu 170C (api atas bawah)
setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai. simpan di dalam bekas bertutup.
sediakan periuk yang sesuai dan didihkan air secukupnya
kemudian cairkan coklat (secara double boiler) tak perlu tambah apa2
apabila coklat telah cair, alihkan dari dapur
masukkan biskut yang telah sejuk tadi dan celupkan ke dalam coklat (pastikan biskut betul2 sejuk)
salutkan coklat dengan rata
kemudian letakkan di dalam paper cup
taburkan dengan almond nibs yang telah dibakar atau hiasan yang lain
biarkan di luar sehingga coklat mengeras
cara QH
selepas siap semua biskut disalutkan dengan coklat, untuk elakkan biskut lemau (ada jenis coklat lambat mengeras)
QH susun almond london ke dalam bekas bertutup dan tidak bertindih (contoh seperti gambar di bawah)
kemudian sealkan bekas. siap
kalau jenis coklat yang cepat mengeras boleh simpan biskut secara bertindih yang dilapiskan dengan kertas/bubble wrap
almond london cookies
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
Post a Comment