Salam my kesayangan...
Jika perasan sepanjang fasa PKP ni...cuaca di luar sana sangat terik dan bahang...di Kuala Lumpur ni sudah beberapa hari apabila petang...Alhamdulillah hujan dan boleh tahan lebat juga...terasa juga la sejuknya...sementara fasa PKP ni berjalan dan berlanjutan...macam2 juga la yang sempat QH cuba...salah satu daripadanya Puding Cendol Gula Melaka ni la...resepi ni agak lama juga telah QH simpan...baru ni la berkesempatan untuk menunaikannya...apabila telah siap...Ya Allah nikmatnya rasa puding ni...sangat sedap cukup berlemak dan sepadan sangat dengan rasa manisnya...
semasa membuat puding ni...terus terang cakap dari awal membuatnya QH sentiasa berdebar2 je...risau je jika tak jadi...puding terlalu lembut atau lembik ke...Alhamdulillah cubaan kali pertama menjadi dengan cemerlangnya...cuma acuan ade crack sikit pulak...dah la tu baru dibeli...mungkin QH tak tengok dengan betul semasa membeli atau mungkin pecah akibat berlaga2 dengan barang yang lain...nanti tengok la sendiri di channel youtube QH...heeee
telah menjadi kebiasaan sekarang ni...QH telah menyediakan video lengkap langkah demi langkah cara membuat puding ni mengikut cara QH...walaupon resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis...ada la bahagian2 yang QH olahkan sedikit...resepinya seperti mana yang tertera di bawah...
di dalam video tersebut QH telah meringkaskan sedikit cara membuat puding cendol gula melaka ni...untuk menonton video tersebut, klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=du3ZhUfRJQw yang tertera...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu yea...terima kasih dan selamat mencuba...pasti berbaloi rugi jika tidak mencubanya dari sekarang...
PUDING CENDOL GULA MELAKA
youtube Qasey Honey
sumber Masam Manis
bahan lapisan cendol
500 ml air
170 gm gula
1 paket serbuk agar-agar (11gm)
200 ml santan + 50 ml air
1/4 sudu kecil garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol (tapis airnya)
caranya
Satukan santan, tepung jagung dan garam. Kacau rata hingga tepung tidak berbintil. Tapis
Di dalam periuk dengan menggunakan api sederhana, satukan 500 ml air, gula dan serbuk agar-agar. Masak dan kacau hingga semua bahan larut.
tuang campuran santan ke dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api
Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inci atau yang sesuai
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka
bahan lapisan gula melaka
200 gm gula melaka
200 gm gula melaka
1 sudu besar gula merah
250 ml air
2 helai daun pandan
250 ml air
2 helai daun pandan
250 ml air
1 paket serbuk agar-agar (11gm)
200 ml santan + 50 ml air
1/4 sudu kecil garam
Panaskan 250 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah
Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.
Tips dan panduan
Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.
Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.
puding cendol gula melaka
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment