Qasey Honey. Powered by Blogger.

MEE UDANG SUNGAI DUA PASTI SEDAP DAN MEMIKAT SELERA...MUDAHNYA NAK BUAT!!


Salam my kesayangan...

Alhamdulillah...hari ni telah masuk Ramadan yang ke 4...disebalik wabak yang melanda dunia sekarang ni...tanpa kita sedar terselit ribuan hikmah disebaliknya...buat pertama kali QH dapat menjalani ibadah puasa di rumah dengan keadaan tenang...kalau di tahun2 sebelum ni...sekarang ni QH berada di pejabat...balik kerja nanti menyinggah la ke bazar2 ramadan yang ada membeli sedikit juadah...

sangat berbeza pula pada tahun ni...dapat la memasak juadah berbuka yang pelbagai sikit...dapat la mencuba pelbagai lagi jenis resepi sebab banyak masa kan nak pikirkan menu...kalau tidak kena tunggu hari cuti baru dapat buat tu semua...belum kira lagi sibuk dengan biskut raya pula...betul kata PM kita yang ke 8, Ramadan kali ni penuh bermakna...lebih banyak masa berada di rumah...walaupon apa kita semua mengharapkan agar virus Covid-19 ni segera berakhir dan dunia kembali sihat dan bebas seperti dulu...ni la dugaan yang terpaksa kita tempoh untuk tahun 2020... 


untuk cadangan menu berbuka kali ni...QH telah menyediakan resepi Mee Udang ala2 Sungai Dua yang popular tu...QH suka mee udang ni sebab rasa kuah dia yang ada rasa manis keledek dan udang tu bersatu menjadikan mee udang ni sangat sedap dan sukar untuk berhenti makan apabila menjamahnya...

sangat senang dan mudah untuk menghasilkan mee udang ni tau...bahan yang digunakan juga mudah untuk dicari...nanti udang tu ikut la nak guna yang mana ekkk...kalau nak rasa yang sedap sikit guna la udang galah ni...heeee...untuk kuah pula nanti ejas la ikut kepekatan yang ni kita nak...pada QH resepi di bawah ni sedang elok dah...jika nak panaskan semula kena tambahkan sedikit air sebab kuah akan kering dan pekat apabila telah sejuk kerana terdapat keledek dan kentang di dalam kuah tu sebagai bahan utama...

untuk resepi ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=LP7cjYmGOCU yang tertera untuk terus menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share yea youtube channel Qasey Honey tu...terima kasih dan selamat mencuba...



MEE UDANG SUNGAI DUA
youtube Qasey Honey

bahan kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 sudu besar udang kering

bahan2 lain
12 ekor udang galah
1-2 biji keledek oren - rebus n lenyek
2 biji kentang - rebus n lenyek
2-3 sudu besar cili giling
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tomato

1-11/2 liter air atau secukupnya
garam n gula secukup rasa


caranya
didihkan air di dalam periuk secukupnya. potong kecil keledek oren dan kentang. kemudian rebus sehingga empuk (rebus berasingan). 
kemudian angkat dan tapis airnya. lenyekkan keledek dan kentang tadi sehingga halus (lenyek berasingan) boleh juga dikisar (tanpa air). ketepikan.
Panaskan periuk dan minyak masak secukupnya. kemudian tumis bahan kisar sehingga harum dan pecah minyak.
masukkan pula cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan cili sedikit garing.
kemudian masukkan kentang dan keledek oren yang telah dilenyekkan tadi. kacau rata sehingga sebati.
masukkan air secukupnya (ikut kepekatan kuah pilihan masing2). kacau rata dan biarkan kuah mendidih. (sambil dikacau sekali sekali)
masukkan pula sos cili dan sos tomato. kacau lagi hingga rata.
kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. kacau rata.
akhir sekali, masukkan udang dan kacau dengan perlahan sekali sekala sehingga masak.
perasakan rasanya, jika telah sempurna matikan api.


hiasan
mee kuning - dicelur
sawi - dicelur
telur rebus
tauhu basah - digoreng
tomato
limau kasturi
daun bawang

cara menghidang
masukkan mee kuning yang telah dicelur.
kemudian masukkan kuah mee udang secukupnya.
letakkan pula sayur sawi yang dicelur, telur rebus, tauhu basah yang telah digoreng, tomato, limau kasturi dan daun bawang.
boleh tambah bawang goreng dan taugeh jika suka.
sedap di makan ketika masih panas.



mee udang sungai dua
https://www.youtube.com/watch?v=LP7cjYmGOCU
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe


No comments