Qasey Honey. Powered by Blogger.

MANGO FLOAT ALA KLEBANG SEKALI CUBA PASTI KETAGIH...JOM BUAT SENDIRI LEBIH JIMAT!!


Salam my kesayangan...

sepanjang tempoh PKP ni ada dah mula merindu pada makanan kegemaran ker?? QH juga begitu adalah beberapa peberet food yang dirindui dan nak sangat makan...tetapi terpaksa la dipendamkan buat masa sekarang...maklum la sepanjang PKP ni...cuaca agak sedikit berbahang dan petang baru hujan sekejap di KL ni...waktu panas begini minuman sejuk sudah tentu menjadi pilihan kan...

untuk melepaskan rindu yang satu ni...QH buat sendiri je...tak dijamin adakah resepi ni 100 peratus sama...apabila dah rasa tu, rasanya tu lebih kurang je...QH dengan mangga ni memang sikit berhantu...antara buah kegemaran ni tau...air mangga ni QH letak aiskrim oreo...wallaaa memang superb sedap...lupa sekejap Mango Float di Klebang sana...heeee...jadi la mango float ala klebang dari QH...ngeeee...

untuk video mango float ni telah ada di youtube channel Qasey Honey tau...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Qlq0oCotdQI&t=1s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


MANGO FLOAT ALA KLEBANG
youtube Qasey Honey

bahan2
1 biji mangga - buang kulit
1 cawan air atau secukupnya
ais batu secukupnya
gula secukup rasa
aiskrim pilihan

caranya
kupas kulit mangga dan cuci dengan air. kemudian potong dadu
sediakan blender, masukkan semua bahan di atas kecuali aiskrim
kemudian kisar hingga semua lumat, halus dan sebati
masukkan air mangga ke dalam gelas (tak perlu tapis) 
akhir sekali masukkan 1-2 scoop aiskrim pilihan (letak aiskrim oreo sangat sedap)
siap dan boleh terus dihidangkan
mudah dan senangkan...lepas ni boleh buat sendiri



mango float ala klebang
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe

1 comment

tun telani said...

kak QH~~~

Lamanya tun tak jenguk blog.. hehe

Hikmah PKP, akhirnya berjaya buka blog. Nyummy sangat nmpk mango float tu tauu..