Salam my
kesayangan...
kari dalca ayam ni QH
buat untuk dimakan bersama dengan roti canai homemade (boleh rujuk entri
sebelum ni) QH buat bagi rasa pedas sedikit jadi tak payah lagi buat sambal
tumis lagi...heeee...sambil tu lauk ni dibuat juga makan dengan nasi putih
panas2 kerana di dalam dalca ayam ni semua dah ada dan cukup lengkap...
untuk
resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah cara
penyediaannya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=akyFwGyTSG8&t=2s yang
tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like
dan share yea youtube channel Qasey Honey tu...terima kasih dan selamat
mencuba...
KARI DALCA AYAM
youtube Qasey Honey
bahan2
1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 dan jangan terlalu kecil)
1 biji kentang - dipotong baji
1 biji kentang - dipotong baji
1/2 batang lobak merah - dipotong baji
2 biji tomato - belah 4
2 biji tomato - belah 4
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili hijau
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
bahan tumis
2 pelepah daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
bahan kisar
bahan tumis
2 pelepah daun kari
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
bahan kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
caranya
sediakan periuk dan masukkan air secukupnya
kemudian rebus kacang dal hingga empuk. tapis
airnya dan ketepikan (air rebusan jangan dibuang)
panaskan periuk dan minyak masak secukupnya,
kemudian masukkan bahan tumis. tumis hingga naik bau
masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga naik
bau dan pecah minyak
masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah
minyak
masukkan pula serbuk kari yang di bancuhkan
dengan sedikit air (jadikan pes) dan kacau rata hingga pecah minyak
selepas itu, masukkan lobak merah, kentang dan
ayam. kacau rata. tambahkan air rebusan kacang dhal tadi secukupnya. kacau lagi
hingga rata
tutup periuk dan biarkan hingga empuk (gunakan
api kecil)
apabila telah mendidih dan empuk, buka penutup
periuk dan kacau sebentar
masukkan kacang dal yang telah di rebus tadi
bersama santan. kacau perlahan hingga rata
biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala
kemudian masukkan pula garam dan gula secukup
rasa
akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan
cili hijau.
perasakan rasanya, jika telah sempurna matikan
api.
kari dalca ayam
https://www.youtube.com/watch?v=akyFwGyTSG8&t=2s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#staysafe
Post a Comment