Qasey Honey. Powered by Blogger.

CUCUR SAYUR RANGUP / BAKWAN SAYUR RANGUP / FRITTER CRISPY ...MAKANAN LEJEN SEDAP HINGGA TIDAK TERKATA


Salam my kesayangan...

sedikit idea dari QH bersempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19...lagi la apabila PM telah mengumumkan bahawa PKP ini akan disambung lagi sehingga 28 April...tentu ramai yang dah mula bosan dan buntu untuk menyediakan hidangan untuk keluarga...in shaa Allah dikesempatan ini, QH akan cuba untuk bersama dengan semua pengunjung blog QH untuk berkongsi beberapa idea masakan...

QH akan cari menu2 yang senang la untuk dicuba memandangkan untuk mendapatkan keperluan asas dan bahan basah agak terhad buat masa ni kan...terpaksa la kita ubah sedikit cara hidup kita sekarang yang dulunya agak mewah dengan makanan supaya lebih bersederhana sedikit...selain itu, dengan masa yang ada sekarang...kita bolehlah belajar pelbagai jenis masakan dan manisan yang kita tak pernah terpikir boleh buat...yang tu nanti QH akan update pada entri seterusnya yea...


untuk idea sekarang ni...kalau buat cucur di rumah pasti akan laku pada waktu ni...makan pula panas2 perghhhh sedar2 je habis...nak lagi apabila buat cucur rangup sebegini...pasti tidak akan ada yang berani untuk menolak...heeee...terus terang nak buat cucur ni kena buat lebih...jika tidak akan berebut2 nanti kerana tak cukup...untuk bahan2 di dalam cucur tu...boleh ubah mengikut bahan yang ada...di dalam cucur ni QH letak lobak merah, kentang dan keledek oren...kalau nak tahu bila letak keledek oren di dalam cucur ni rasanya sangat sedap dan terasa2 kemanisan keledek tu...lagi banyak lagi sedap...tepung gandum tu pula, fungsinya untuk melekatkan bahan2 yang ada, jangan letak terlalu banyak seperti cucur biasa tau...agak2 dah boleh sudukan cukup...

seperti biasa QH menyediakan video langkah demi langkah penyediaan cucur sayur rangup ni di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=y_FW5Nie408 yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum itu jangan lupa untuk subcribe, like dan share youtube channel QH tu yea...terima kasih dan selamat mencuba

selain video cucur rangup ini, terdapat banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...teruskan menonton


CUCUR SAYUR RANGUP / BAKWAN SAYUR RANGUP / FRITTER CRISPY
youtube Qasey Honey

bahan2
1 biji keledek oren - sagat
1 biji kentang - sagat
1/2 biji lobak merah - sagat
sedikit daun kucai - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 - 3 cawan tepung gandum
11/2-2 cawan air
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

caranya
sagat kentang, keledek oren dan lobak merah. cuci bersih dan ketepikan.
di dalam mangkuk besar, satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak.
kacau dengan rata hingga semuanya sebati
panaskan kuali dan minyak masak secukupnya
sudukan adunan cucur dan goreng hingga kuning keemasan
angkat dan toskan minyaknya
sedap dihidangkan bersama sos cili


cucur sayur rangup / cucur rangup
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...


kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe



No comments