Qasey Honey. Powered by Blogger.

BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SANGAT SEDAP DAN TIDAK MUAK...RESEPI MUDAH


Salam my kesayangan...

Basque Burnt Cheesecake yang pernah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri di Malaysia...tak silap namanya mula meletop pada pertengahan tahun 2018...permintaannya masih lagi tinggi sehingga sekarang di pasaran kepada peminatnya...manakan tidak, kek ni dilimpahi dengan rasa cheese sepenuhnya...sebelum tu QH sudah pernah juga memcuba buat kek ni tetapi yang tu tak sempat nak snap gambarnya...buat untuk makan2 di opis dan resepinya juga agak berbeza sedikit...

untuk projek kali ni...QH telah diundang oleh pihak Ittify dengan kerjasama bersama Bake With Yen Bakery menggunakan produk dari jenama Anchor sebagai bahan utama di dalam resepi ini...barangan tersebut adalah cream cheese, whipping cream dan full cream milk...

burnt cheesecake challenge ni bersempena saranan kempen kerajaan Malaysia sepanjang PKP iaitu #dudukrumah #stayhomechallenge #dudukdiamdiam...ok challenge accepted!!! cuma terentung sikit atas tu...ngeeee


pada yang pertama kali mencuba kek ni...jangan risau apabila kek ni dengan perlahan2 akan mendap di tengah2nya...kira jadi la tu...kek ni sangat sedap dan wangi tau...sempat juga la sesambil snap gambar ni jari QH juga ikut menggeletis tepi2 kek tu...suka bahagian kerak2 tu...sedap sangat...

untuk membuat kek ni sebenarnya sangat mudah tau...tahu2 sahaja dah siap...untuk dapatkan rasa yang lebih sedap...lepas dah siap bakar tu...sejukkan dulu di luar kemudian simpan kek ni semalaman di dalam peti sejuk atau chiller...baru cantik apabila kek ni di potong nanti...

basque burnt cheesecake ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=uiDEJocBs9Y yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


BURNT CHEESECAKE
youtube Qasey Honey
sumber Anchor

bahan2
500 gm cream cheese
150 gm gula kastor
35 gm madu
85 gm telur
300 gm whipping cream
50 gm full cream milk
10 gm tepung jagung


caranya
Panaskan oven pada suhu 200C - 210C.
sediakan mixer, satukan cream cheese, gula kastor dan juga madu. Putar hingga lembut dan kelihatan berkrim. (lebih kurang 5 minit)
dengan menggunakan speed perlahan masukkan telur, whipping cream, susu penuh krim dan tepung jagung. teruskan memutar hingga adunan sebati dan tidak berketul. (lebih kurang 5 minit)
sediakan loyang saiz 7 inci atau 8 inci dan lapikkan dengan baking paper (letak baking paper tinggi dari permukaan loyang)
masukkan adunan tadi ke dalam loyang (ring mould)
masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. bakar pada suhu 210C selama 45 minit atau hingga masak tanpa kipas (bergantung kepada oven masing2)
setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai (jangan keluarkan kek dari loyang)
simpan kek ke dalam peti sejuk/chiller semalaman, kemudian baru la di potong


burnt cheesecake
  jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa juga untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero


#dudukdiamdiam
#bakeathome
#anchorburntcheesecake
#anchorfoodprofesional

3 comments

Adam said...

Salam. Hi. Nak tanya, kalau guna Full Cream Milk sahaja bole x? Intuk menggantikan whipping cream

Qasey Honey said...

wslm...tak boleh..bahan utama resepi ni selain cis whipping cream tu

Anonymous said...

Kalau tak letak madu tak apa ke?