Salam my kesayangan...
Bulan Ramadan yang dinantikan kunjung tiba...walaupon banyak perbezaan dan tidak seperti tahun2 sebelumnya...QH tetap rasa bersyukur...Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati bulan Ramadan yang penuh bermakna dan hikmah disebalik kejadiannya...dikesempatan ni, QH ingin mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadan ni kepada semua pengunjung blog Qasey Honey...mohon ampun dan maaf andai ada kekilafan sepanjang QH berblog...
Kali ni sedikit perkongsian idea untuk juadah berbuka untuk petang nanti...kalau masak lauk asam pedas ni, semakin lama bukan semakin jemu malah sentiasa diingatan...dalam sebulan atau 2-3 minggu selepas tu mesti nak merasa asam pedas lagi...tak kisah la asam pedas apa pon...yang penting ASAM PEDAS...heeee
kalau masak asam pedas ni, cara QH la kan...suka je letak macam2 kat dalam tu...cuma kali ni tak letak daun limau purut sebab takde stok...jika buat asam pedas menggunakan ikan kerisi ni...lepas masukkan ikan kacau2 manja je...lepas tu terus masukkan segala jenis bahan sampingan dan biarkan sampai mendidih...terus matikan api sebabnya ikan kerisi ni tak boleh kalau terlebih masak...ikannya cepat hancur...nak kacau pon setakat manja2 gitu...seperti di dalam gambar ni...QH masak awal...masak malam esoknya QH panaskan semula...nampak tak cantik dah...lepas ni siap je masak terus kena ambil gambar...heeee
untuk resepi asam pedas ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=mBbdoLwXF4c yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel QH tu tau...terima kasih...
untuk resepi asam pedas ni QH telah menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=mBbdoLwXF4c yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel QH tu tau...terima kasih...
ASAM PEDAS IKAN KERISI
youtube Qasey Honey
Bahan2
4 ekor ikan kerisi - bersihkan
20-25 tangkai cili kering ~ rendam dan kisar
10 batang bendi
1 cekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu kecil pes asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 biji tomato - belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1-2 batang serai
1/2 inci belacan - dibakar sekejap
Caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik
minyak. Guna api kecil dan dikacau selalu.
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih.
Tambahkan kiub ikan bilis. Kacau rata.
Masukkan pula ikan dan kacau perlahan.
Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Kacau perlahan dan biarkan merenih.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit
gula.
Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato. Siap.
asam pedas ikan kerisi
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...
kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero
#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#staysafe
Post a Comment