Salam my kesayangan...
kalau perasan la kan...sejak2 ni QH gemar pula dengan bau2 pandan...sebelum ni kek pandan...bingka pandan la...yang terkini sekarang ni pancake pandan gula melaka pula...pancake ni sangat sedap, lembut dan gebu...wangi saja bau pancake ni...semasa membuat ni...perut ikut berirama keroncong lagi...sangat mengugat selera betul...
cara buat pancake ni senang je...cuma caranya agak berbeza sikit dari pancake yang biasa kita buat tu...untuk resepi ni ada menggunakan meringue untuk menggebukan lagi pancake pandan ni...resepi ni boleh menghasilkan lebih kurang 7 keping pancake...

seperti biasa untuk resepi ni seperti biasa QH akan menyediakan video lengkap langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=j8zBuQfFQeo
yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih dan selamat mencuba...
psssttt selain ada video ni...ada banyak lagi video2 yang menarik dan meletop ada di youtube channel QH...selamat menonton...
PANCAKE PANDAN GULA MELAKA
youtube Qasey Honey
sumber Bake with Paws
bahan A
120 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
3 biji kuning telur gred A
100 ml santan
2 sudu besar pandan paste
caranya
satukan tepung gandum dan baking powder. gaul rata.
sediakan mangkuk sederhana besar, masukkan kuning telur, santan, garam dan pes pandan. pukul dengan menggunakan whisk hingga rata.
kemudian masukkan campuran tepung. kacau dengan menggunakan spatula hingga semua rata. (adunan sedikit pekat jangan di tambah air pula)
apabila telah rata, ketepikan dan siapkan meringue.
bahan B
3 biji putih telur gred A
2 sudu kecil gula kaster
caranya
sediakan mangkuk yang bersih dan kering
satukan putih telur dan gula kaster. dengan menggunakan mixer atau handmixer pukul hingga kental dan bertanduk (mulakan dengan speed perlahan hingga high speed)
apabila telah kental dan bertanduk, bahagikan meringue kepada 2 bahagian
masukkan satu bahagian meringue ke dalam adunan A dan kacau dengan spatula hingga rata
masukkan lagi sebahagian lagi meringue dan buat kaedah yang sama
apabila adunan telah rata, panaskan pan non stick mengikut saiz pilihan
sendukkan adunan secukupnya (tak perlu letak minyak) dan biarkan hingga keluar lubang2/bubble di atas pancake tadi
balikkan sekejap dan boleh la di angkat. buat sehingga selesai
sedap dimakan bersama sirap gula melaka
SIRAP GULA MELAKA
(sirap gula melaka hendaklah dibuat awal sebelum siapkan pancake)
bahan
80 gm gula melaka - potong kecil supaya cepat cair100 ml air
2 helai daun pandan
caranya
satukan gula melaka, air dan daun pandan.
sentiasa kacau hingga gula melaka larut
masak air gula hingga sedikit pekat. sejukkan
siram sirap gula melaka ketika makan pancake pandan
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment