Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHEESEKUT NESTUM


Salam my kesayangan...

Resepi pertama dari QH di musim Covid-19 ni...di musim krisis virus Corona ni...QH sekadar masak yang simple2 je di rumah...cukup la sekadar dapat mengalas perut daripada lapar seperti kata PM kita...walau bagaimanapon keadaan mesti ada makanan atas meja...walaupon terdapat banyak masa yang terluang sekarang ni di rumah tetapi disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berjalan sehingga 14 April, QH mengambil langkah awal untuk berjimat cermat...sempena PKP ni QH tidak mahu kerap berada di luar untuk membeli keperluan walaupon ade masanya QH perlu keluar untuk bekerja...lepas kerja biasanya QH nak terus je balik ke rumah...risau dengan keadaan semasa sekarang ni seperti saranan kerajaan supaya adakan 'sosial distance'...

Alhamdulillah setakat ni keperluan asas semuanya masih cukup lagi di rumah...jadinya takde la QH perlu kerap membeli dan tidak adalah istilah 'panic buying' bagai kerana di rumah ni memang sentiasa ada sahaja pelbagai keperluan tersebut...


ok untuk resepi ni...segala barang memang telah lama ada di rumah...jadinya zero kos la untuk QH...heee...cara nak buat cheesekut nestum ni senang sangat dan bahan yang digunakan pon sangat minima...bahan utamanya adalah cream cheese dan cream cracker...resepi ni telah lama dan ramai juga yang post...untuk simpanan di blog QH ini adalah pertama kali...supaya ianya dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang...kadang bila kita sendiri yang akan jadi lupa ape bahan yang diperlukan...maklum la terlampau banyak resepi yang dicubakan...mana nak ingat semuakan...

cheesekut nestum ni sangat sedap...lagi sedap bila disimpan ke dalam peti sejuk dan dimakan ketika sejuk...seperti makan aiskrim pon ada...yang QH buat ni versi macam kedekut sikit cheesenya...kalau nak rasa yang lebih sedap lagi...letak la banyak sedikit cream cheese tu, barulah orang kata ngam terok...untuk tempoh PKP yang masih berjalan sehingga 14 April ni...pada yang belum mencuba, boleh la cuba resepi ni untuk dijadikan kudapan ketika anak2 berada di rumah sekarang ni...

resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah...untuk menonton video ni boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=_ZRGl99qlr0 yang tertera...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel Youtube Qasey Honey...terima kasih


CHEESEKUT NESTUM 
youtube Qasey Honey


bahan cream cheese
250 gm cream cheese
3/4 @ 1/2 tin susu pekat - ikut kemanisan masing2
2 sudu besar susu segar

bahan B
1 kotak kecil susu segar
biskut cream cracker Hupseng secukupnya
nestum untuk tabur secukupnya


caranya
sediakan bekas yang bersih dan kering, pukul cream cheese menggunakan whisk atau mixer hingga lembut
masukkan pula susu pekat dan susu segar
pukul lagi hingga sebati dan creamy
sediakan bekas pilihan yang sesuai
ambil cream cracker dan celupkan ke dalam susu segar (sekejap sahaja)
masukkan ke dalam bekas pilihan dan susun cream cracker tadi
lapiskan dengan cream cheese yang telah dipukul tadi
boleh taburkan dengan nestum secukupnya
ulang proses tadi sehingga selesai

akhir sekali tabur lapisan atas dengan nestum dan boleh tambah coklat cip, milo atau sebagainya


cheesekut nestum sedap dan mudah
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments