Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM PANDAN BEREMPAH ALA THAI...RASA SEPERTI MAKAN DI KEDAI...SEDAP DIBUAT RATAH



Salam my kesayangan...

siapa suka ayam pandan ni kita boleh jadi geng...QH amat gemar makan ayam pandan ni...zaman rajin dulu selalu juga la QH buat sendiri je jika teringin...jika nak makan banyak berbaloi jika buat sendiri je di rumah...ayam pandan ni sedap juga di buat ratah begitu sahaja...

maklum la jika makan kat kedai ni...berapa ketul je satu hidangan tu...nak puas kena rajin untuk buat sendiri...yang ni QH buat untuk setengah ekor ayam je...ada lauk lain lagi yang QH gandingan bersama...kalau buat kat kampung kena buat 2 ekor terus baru puas makan beramai-ramai...yang tupon kena buat secara berjemaah...jenuh juga nak balutkan satu persatu...heeee...itu dulu la...agak lama juga QH tak buat ayam pandan ni...susah nak jumpa daun pandan yang lebar2 di sini...kebetulan ke pasaraya tengok daun pandan kemain cantik lagi lebarnya...apalagi terus je buat...tangguh2 lagi nanti susah nak jumpa daun pandan yang lebar begitu...


cuma apabila lama dan tak buat ni...boleh lupa pulak cara nak simpulkan ayam pandan ni...jenuh juga la godek sana godek sini...sudahnya balut je la, asalkan ayam tu tak terkeluar dari daun pandan tu...heee...nak tengok cara betul untuk balut ayam pandan ni boleh tengok di post ayam pandan ni yang lepas...QH pernah kongsikan resepi ni di sini...

ayam pandan ni sedap di makan bersama sos cili buatan sendiri tau...baru la nampak macam gaya ala thainya di situ...ayam pandan ni jangan digoreng terlalu lama...nanti isinya akan keras dan kering...nak sedap biar garing di luar dan juicy di dalam...

untuk resepi ni QH ade siapkan video lengkap langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...boleh tonton di sana...untuk teruskan menonton boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=xGjh75ilL2E
 yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...sangat berbaloi tau


AYAM PANDAN BEREMPAH
youtube Qasey Honey
pernah dicuba Qasey Honey

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong kecil
1/2 sudu besar gula halus
1 biji limau kasturi - perah jusnya
garam secukup rasa
daun pandan saiz besar secukupnya - cuci
lidi/pencungkil gigi yang baru
Minyak masak secukupnya


bahan kisar
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu besar penuh ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis


caranya
Ayam dicuci bersih, tos kering dan cucuk dengan garfu pada seluruh bahagian ayam. 
Masukkan ke dalam satu bekas, gaul dengan bahan kisar, masukkan gula halus dan jus limau kasturi, gaul rata2. 
Tambah garam secukup rasa, gaul lagi dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1-2 jam.
Keluarkan ayam, ambil sehelai dan pandan, buat bentuk kon, kemudian isikan dengan seketul keratan ayam yang diperap tadi.
Selitkan hujung daun pandan yang berbucu pada celah bahagian antara ayam dan daun pandan, tarik keluar hujungnya pada bahagian yang berlubang, dan kemaskan hingga membentuk 3 segi, balut sekali lagi dan temukan dengan pangkal daun pandan, sematkan dengan pengcungkil gigi. 
Buat kaedah sama hingga siap 
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Masukkan ayam tadi dan kecilkan api. 
Tutup permukaan kuali dan biar ayam masak dengan api perlahan.
Balik2kan hingga masak sekata. Angkat dan toskan, letak atas beberapa helai kitchen paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda..


SOS CILI

bahan2
6 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
gula dan garam secukup rasa

caranya
Kisarkan cili merah bersama bawang putih dan tambahkan sedikit air hingga lumat.
sediakan kuali/pan dan masakkan cili yang dikisar sebentar.
tambahkan cuka, gula dan garam secukup rasa.
masak hingga cili bertukar warna sedikit gelap.
perasakan rasanya, jika ok boleh matikan api.
siap untuk dihidangkan bersama ayam pandan.

jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments